Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah video parodi di media sosial untuk mengusik menantunya, Elisya Sandha yang baru-baru ini menerima kejutan istimewa daripada suaminya.
“Tak sangka dapat birthday present juga.
Advertisement
“Macam Elisya Sandha tak.
“Sis cuba nak nangis macam Elisya Sandha tapi air mata sikit pula keluar,” tulis Sheila dalam video tersebut.
Reaksi itu turut mendapat balasan daripada Elisya yang terhibur dengan gelagat ibu mentuanya.
“Haha steady la ma jadi Elisya Sandha. Lupa add on part garu-garu tu,” komen Elisya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet memberikan respons positif melihat keakraban antara Sheila,Elisya serta seorang lagi menantunya, Beatrice Chitra.
“Kau kan, menantu punya video pun kau buat konten. Nak aku buat juga tak.
“Kalau macam ini, nak saman pun tak boleh anak-beranak.
“Penat kita nangis tengok video Elisya, dia boleh buat parodi pula.
“Mak mertua pun kaki menyakat.
“Haha sabar jela, mak mertua pun terpaling sporting.
“Suka vibes family sis,” komen mereka.
Sekadar rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021 dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Bunga Elhaq serta Bahtera Elhaq.