Ringkasan AI
- Shila Amzah memuji filem aksi terbaharu, Banduan, terutamanya jalan cerita dan lakonan pelakon.
- Suami Shila, Ubai, memberikan skor 8.9/10 dan memuji gabungan emosi, aksi, dan kelucuan dalam filem tersebut.
- Filem arahan Kroll Azry ini adalah adaptasi daripada filem India, Kaithi, dan mula ditayangkan pada 6 November.
- Plot filem mengisahkan seorang banduan yang membantu polis menumpaskan sindiket dadah sambil berusaha bertemu anak perempuannya.
- Banduan menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, dan lain-lain.
Penyanyi, Shila Amzah tampil memberikan pujian terhadap filem aksi terbaharu terbitan Number Twenty One Media iaitu Filem Banduan yang kini menjadi bualan hangat di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, Shila memuji kekuatan jalan cerita serta kehebatan barisan pelakon yang berjaya menghidupkan naskhah tersebut.
"Banduan best gila. Great job semua pelakon. Tapi last tu saya agak koyak la Aaron. Sedih saya. Koboi pun baik. Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin semua pun best. Korang kena tengok okay," tulisnya.
Sementara itu, suaminya Ubai turut memberi komen positif dan memuji cara filem itu menggabungkan emosi dan aksi dengan baik.
"Banduan 8.9/10. Babak aksi power. Mainan jiwa dan emosi dalam filem pun baik. Kelucuan juga best. Pelakon power dari watak kecil sampai ke watak Utama. Aaron Aziz memnag tak makan dek usia. Fight scene dia memang best. Watak Koboi, lakonan Fadhli Masoot adalah salah satu resipi Utama dalam filem ini. Overall memang best," ujarnya.
Karya arahan Kroll Azry ini merupakan adaptasi daripada filem pecah panggung India, Kaithi, dan mula ditayangkan sejak 6 November lalu.
Filem aksi ini mengisahkan seorang banduan yang membantu pihak polis menumpaskan sindiket dadah dalam misi berbahaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu anak perempuannya.
Banduan menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot, dan Abi Madyan.