Skip to main content

Berita

Shweta Sekhon Kenang Momen Tonton TERBANG Bersama Tun Mahathir & Tun Dr Hasmah – “Filem Terakhir Tun M Tonton Bersama…”

Shweta Sekhon Kenang Momen Tonton TERBANG Bersama Tun Mahathir & Tun Dr Hasmah – “Filem Terakhir Tun M Tonton Bersama…”

Sekilas

  • Pelakon Shweta Sekhon berkongsi rasa sebak apabila filem Terbang menjadi filem terakhir yang ditonton oleh Tun Dr. Mahathir bersama arwah isterinya, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali.
  • Pelakon utama filem Terbang, Irfan Zaini, mengakui filem tersebut kini membawa makna dan emosi yang lebih mendalam selepas pemergian Tun Dr. Hasmah.
  • Tayangan khas filem Terbang diadakan oleh Astro Shaw untuk Tun Dr. Mahathir dan arwah Tun Dr. Hasmah sebelum pemergian beliau pada usia 100 tahun.
Advertisement

Pelakon Shweta Sekhon mengakui masih sukar melupakan kenangan bersama YABhg. Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali selepas mengimbau kembali momen Allahyarhamah bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad menonton filem Terbang baru-baru ini.

Menerusi Threads, Shweta meluahkan rasa sebak apabila menyedari Terbang menjadi filem terakhir yang ditonton Tun Dr. Mahathir bersama isteri tercinta.

“How am I to move on, the last film Tun M watched with his love is Terbang (Bagaimana saya mahu melupakannya, filem terakhir Tun M tonton bersama insan tersayang adalah Terbang),” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pelakon utama filem berkenaan, Irfan Zaini yang mengakui karya tersebut kini membawa makna dan emosi lebih mendalam.

“The movie and emotions feels deeper now (Filem dan emosinya terasa lebih mendalam sekarang),” komen Irfan.

Dalam masa sama, seorang individu turut mengimbau momen pertemuan Allahyarhamah bersama legenda rali negara, Karamjit Singh yang kisahnya menjadi inspirasi kepada filem Terbang.

Momen berkenaan kini mengundang rasa lebih sayu susulan pemergian Tun Dr. Hasmah yang meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Terdahulu pada 20 September lalu, pihak Astro Shaw berkesempatan mengadakan tayangan khas filem berkenaan buat Tun Dr. Mahathir dan Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah.

Untuk info, Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada 16 Rabiulakhir 1448H, meninggalkan suami, Tun Dr. Mahathir serta keluarga tercinta.

 

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement