Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Siap Buat Tabung Khas, Zizan Razak Terharu Terima Hadiah & Surat Daripada Peminat Cilik - “Ini Yang Terbaik Saya Boleh Lakukan…”

Siap Buat Tabung Khas, Zizan Razak Terharu Terima Hadiah & Surat Daripada Peminat Cilik - “Ini Yang Terbaik Saya Boleh Lakukan…”

Sekilas

  • Zizan Razak berkongsi momen manis bertemu peminat cilik berusia 8 tahun yang sangat mengaguminya sehingga sanggup buat tabung khas untuk jumpa dia.
  • Pelawak dan pengacara itu anggap pertemuan itu sebagai hadiah bermakna dan bukti sokongan kuat peminat sepanjang kariernya.
  • Walaupun penat dengan jadual kerja padat, Zizan tetap berusaha beri layanan terbaik kepada peminatnya, termasuk adik Aqilah.
Advertisement

Pelawak dan pengacara, Zizan Razak mencuri perhatian selepas berkongsi pertemuannya bersama peminat cilik berusia 8 tahun.

Menerusi perkongsian sebuah video di Threads, Zizan dilihat berpelukan bersama si kecil itu dan adik-beradiknya yang lain usai sahaja bertemu di sebuah kawasan.

Advertisement

Menurut Zizan, dia menggangap pertemuan itu sebagai hadiah yang bermakna buat dirinya, selain bersyukur kerana menerima sokongan peminat yang kuat terhadap perjalanan seninya.

“Terubat hati bila dapat hadiah yang tak ternilai sebegini. Bukan sekadar peminat tetapi hati yang ikhlas terpancar dari wajah peminat cilik saya ini. Umur 8 tahun tetapi peminat tegar saya. 

“Macam tak boleh percaya bila saya fikir balik. Tetapi inilah hasil kerja penat lelah saya sepanjang karier. Alhamdulillah syukur pada Allah di atas anugerah ini. Terima kasih kepada semua penyokong dan peminat saya selama ini. Sayang awak selamanya,”tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Zizan turut mengakui dia telah berusaha sehabis baik dalam memastikan dirinya dapat memberikan layanan yang terbaik buat peminatnya meskipun mempunyai jadual yang padat dan penat bekerja.

“Ini yang terbaik saya boleh lakukan untuk adik Aqilah. Walaupun saya habis shoot, memang agak penat sedikit dari pagi. Ulang-alik kerja tetapi ini semua demi peminat saya,”ujarnya.

Dalam hantaran sama, Zizan turut mempamerkan mesej yang diterima oleh bapa si kecil itu yang menyatakan bahawa anaknya, Aqilah amat meminati hos Borneo Rising itu sehingga menangis dan mencipta tabung khas untuk bertemu dengannya.

“Salam zizan, anak saya nombor tiga sangat minat awak sampai menangis-nangis dekat ITCC bila dengar awak kat KK ni nak jumpa awak. Umur baru 8 tahun tetapi minat sangat dekat awak sampai buat tabung. Bila saya tanya nak buat apa dengan tabung, dia kata nak kumpul duit dan jumpa awak,”katanya lagi.

Di hujung video tersebut, Zizan turut menunjukkan sebuah beg (hasil kutipan tabung) yang penuh dengan hadiah termasuklah coklat manisan, kopi, set alat kebersihan diri dan sepucuk surat.



 

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

INDIAN SWEETS ( BADAM MILK KATLI)

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

ZUS Ngupi® 3in1 Instant Coffee - Kopi Coklat - 13 Sticks

Must Watch Video

Advertisement