Skip to main content

Selebriti

"Sis Ini Juga Yang Relax" – Netizen Kagum Kehidupan Sherry Ibrahim Lebih Tenang

Sherry Ibrahim Tenang

Pelakon, Sherry Ibrahim terus mencuri perhatian apabila tampil menikmati kehidupan solo dengan penuh ketenangan.

Menerusi hantaran di Threads, Sherry yang dikenali jarang terpalit kontroversi kelihatan santai menikmati hidangan di Bangkok, Thailand, seolah-olah bebas daripada sebarang beban fikiran.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bukan sahaja memuji kecantikannya meskipun sudah mencecah usia 40-an, malah terpesona dengan aura tenang yang dimiliki pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu.

"Sis ini juga yang relax.

"Cantik sangat, suka tengok.

"Takpe Sherry, kita selalu belakang awak," tulis netizen.

Selain gemar melancong, Sherry juga dilihat sering melakukan aktiviti lasak seperti menyertai aktiviti Muay Thai, bermain gim dan menawan puncak Gunung Kinabalu.

Must-Watch Video

Advertisement