Skip to main content

Viral

Skandal Di Pejabat, Suami Isteri Orang Dicekup Di Hotel - "Bilik Berselerak, Nasi Lemak & Kopi Belum Dijamah"

khalwat

Sekilas

  • Pasangan suami isteri berusia 50-an dan 30-an dicekup di sebuah hotel di Kluang oleh penguatkuasa JAINJ dalam operasi pencegahan maksiat.
  • Mereka dipercayai menjalinkan hubungan sulit dan mengambil cuti tanpa pengetahuan pasangan masing-masing untuk bertemu di hotel tersebut.
  • Pasangan itu kini ditahan dan direkod keterangan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Hubungan cinta antara lelaki dan wanita berstatus suami dan isteri yang bermula di pejabat berakhir di bilik sebuah hotel dalam daerah ini, selepas mereka dicekup pegawai dan anggota Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), semalam.

Pasangan masing-masing berusia 50-an dan 30-an itu ditahan dalam operasi pencegahan maksiat jam 10 pagi selepas mereka mendaftar masuk di hotel terbabit dua jam sebelum itu.

Menurut JAINJ, sebaik pintu diketuk, lelaki dipercayai pasangannya membuka pintu namun bertindak menutup semula sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa JAINJ.

"Penguatkuasa menolak semula pintu sebelum berjaya dibuka. Sebaik memasuki bilik hotel, seorang lelaki berpakaian seluar jeans dan baju T dengan televisyen berada di dalamnya dengan televisyen dipasang terlalu kuat.

"Pada masa sama, penguatkuasa mendapati tingkap bilik terbuka yang mana lelaki itu dilaporkan cuba melarikan diri namun gagal selepas pihak berkuasa sudah mengawal belakang hotel itu.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, penguatkuasa mendapati pintu bilik air berkunci dari dalam namun tiada sesiapa membukanya walaupun diketuk bertalu-talu.

"Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya memujuk teman wanita supaya keluar. Wanita itu keluar dengan memakai baju T serta seluar panjang serta bertutup kepala," katanya dalam kenyataan.

Katanya, lelaki itu memberitahu wanita terbabit adalah adik angkatnya.

"Daripada soal siasat dijalankan, mereka berasal dari daerah berdekatan dan memilih hotel di Kluang sebagai destinasi untuk berasmara.

"Beza usia antara wanita dengan lelaki itu adalah 18 tahun dan mereka masing-masing mempunyai anak. Mereka mengenali satu sama lain di tempat kerja dan menyembunyikan hubungan ketika di pejabat bagi mengelak dihidu rakan sekerja lain.

"Semasa tangkapan dibuat, lelaki dan wanita masing-masing ambil cuti tanpa pengetahuan pasangan mereka. Pasangan mereka menganggap lelaki dan wanita itu bekerja seperti biasa.

"Di dalam bilik hotel itu, penguatkuasa mendapati keadaan katil dan selimut berselerak selain terdapat juga nasi lemak serta kopi yang belum dijamah," katanya.

Selain itu, JAINJ berkata, penguatkuasa turut menemukan tisu yang digunakan dalam tong sampah.

Susulan itu, kata JAINJ, pasangan itu ditahan dan direkod keterangan untuk didakwa mengikut mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement