Skip to main content

Berita

Stadium Nasional, Stadium Putra Dijenamakan Semula Kepada TM Stadium Nasional Dan Unifi Arena

SNBJ

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mengumumkan kerjasama hak penamaan bersama Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Putra Bukit Jalil untuk tempoh tiga tahun.

Kerjasama itu disifatkan sebagai langkah penting bagi memastikan dua venue utama negara terus kekal relevan, selesa dan berdaya saing sebagai lokasi penganjuran acara sukan serta hiburan bertaraf antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Iliyas Jamil, sebagai pengurus kedua-dua stadium berkenaan, pihaknya komited memastikan kemudahan itu sentiasa berada pada tahap terbaik untuk rakyat Malaysia.

Menurutnya, kerjasama hak penamaan itu merupakan inisiatif PSM bagi memperkukuh kelestarian serta pembangunan jangka panjang venue berkenaan.

“Berkuat kuasa 6 Mac 2026, PSM menjenamakan semula Stadium Nasional dan Stadium Putra masing-masing sebagai TM Stadium Nasional dan Unifi Arena.

“Hasil daripada kerjasama ini akan disalurkan kepada usaha menaik taraf serta menambah baik kemudahan stadium bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pengunjung,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris berkata, syarikat itu berbesar hati diberi kepercayaan untuk memegang hak penamaan bagi venue nasional yang ikonik tersebut.

Menurutnya, Stadium Nasional dan Stadium Putra sejak sekian lama menjadi tempat rakyat Malaysia berkumpul untuk memberi sokongan, meraikan kejayaan serta menyaksikan pelbagai detik bersejarah.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat terus memperkukuh kedua-dua stadium ini agar ia kekal menjadi tempat yang menyatukan masyarakat dan menyemarakkan kebanggaan negara untuk generasi akan datang,” katanya.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement