Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
berita

Stand Down Army!!! BTS Cipta Sejarah, Kumpulan K-Pop Pertama Tercalon Dalam Grammy Awards

Fiza Kamarudin 25/11/2020 | 08:21 MYT
“Stand down Army”! Itu laungan peminat setia kumpulan K-pop popular BTS selepas berjaya tercalon dalam anugerah berprestij dunia, Grammy Awards.
Menerusi senarai pencalonan yang dikeluarkan hari ini, BTS tercalon dalam kategori Duo Pop Terbaik/Persembahan Berkumpulan menerusi lagu Dynamite.
Di laman sosial rasmi Twitter BTS, beberapa video reaksi anggota kumpulan tersebut dimuat naik selepas berjaya mencipta sejarah menjadi kumpulan K-Pop pertama ke anugerah Grammy.
Antaranya rakaman video V, Jungkook, RM dan Jimin yang dilihat penuh semangat menonton Megan Thee Stallion membaca pencalonan kategori pop sebelum melompat kegirangan selepas nama mereka muncul di skrin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, BTS belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai pencalonan ini.
BTS menghantar tujuh penyertaan dalam tujuh kategori, namun hanya satu kategori yang berjaya ditembusi.
Selain Dynamite, empat lagu lain yang tercalon dalam kategori sama ialah Un Dia (J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny & Tainy), Intentions (Justin Bieber feat Quavo), Rain On Me (Lady Gaga dan Ariana Grande) dan Exile (Taylor Swift feat Bon Ver).
Anugerah Grammy ke 63 bakal berlangsung pada Ahad, 31 Januari 2021 dan disiarkan secara langsung di saluran CBS.
#BTS #Grammy Awards #Army #Chingu
;