Skip to main content

Berita

Suami Azar Azmi Minta Wang Jaminan Dikurangkan - “Saya Baru Keluar Hospital, Perlu Duit Jalani Rawatan Anggaran RM9,000 Ke RM10,000”

Azar Azmi

Sekilas

  • Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri memohon pengurangan wang jaminan RM25,000 atas alasan perlu kos rawatan kesihatan dan tanggung anak-anak.
  • Mahkamah membenarkan pengurangan wang jaminan kepada RM21,000 selepas tiada bukti kukuh diserahkan untuk sokong permohonan tersebut.
  • Kes akan disambung semula pada 20 Mei untuk lantikan peguam, manakala Azar Azmi dan keluarga tidak hadir prosiding.
Advertisement

Suami kepada pelakon, Azar Azmi iaitu Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri memohon pertimbangan mahkamah untuk mengurangkan wang jaminan sebanyak RM25,000 yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Permohonan itu dibuat Apri atas alasan memerlukan wang bagi menjalani rawatan kesihatan dan menanggung anak-anak.

Advertisement

Tertuduh yang hadir ke mahkamah dalam keadaan kaki sebelah terhincut-hincut turut memaklumkan bahawa dia baru keluar dari hospital.

"Saya sebenarnya baharu keluar dari hospital. Kalau boleh saya nak minta jaminan dikurangkan kerana saya perlu menggunakan duit untuk buat ekokardiogram dan angiogram.

"Saya dah tanya hospital, kos untuk prosedur tersebut antara RM9,000 ke RM10,000. Saya juga perlu duit untuk perbelanjaan anak-anak kerana tiada siapa yang tanggung," katanya.

Bukan itu sahaja, April turut mengakui dia baru menjalani pembedahan penyakit gout.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal walau bagaimanapun memohon mahkamah mengekalkan jumlah jaminan tersebut kerana kes dilakukan merupakan jenayah komersial yang serius.

Ujarnya, sehingga kini tiada sebarang bukti dikemukakan oleh tertuduh berkenaan sakit atau rawatan yang diperlukan oleh tertuduh bagi menyokong alasan yang diberikan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM21,000 dengan mengekalkan syarat-syarat tambahan ditetapkan sebelum ini.

Sebutan semula kes untuk lantikan peguam bagi kedua-dua pertuduhan ditetapkan 20 Mei depan.

Pada prosiding tersebut, Azar difahamkan tidak hadir, begitu juga ahli keluarga lain.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement