Seorang lelaki di Korea Selatan bertindak kejam apabila membunuh isterinya kerana menolak melakukan hubungan seks.
Dia bagaimanapun menerima natijah apabila dijatuhi hukuman penjara 25 tahun terhadap jenayah yang dilakukan pada Mac lalu.
Advertisement
Menurut kronologi kes, lelaki yang dikenali dengan nama Seo telah mencekik leher isterinya selepas menolak melakukan kes setelah mengalami keguguran.
Mangsa malah diberikan pil tidur dan mabuk sewaktu kejadian di kediaman mereka di daerah Gangseo, sehingga membuatnya tidak berdaya untuk melawan, lapor Korea JoongAng Daily.
“Mangsa telah dibunuh dalam keadaan tidak berdaya oleh orang yang paling dipercayai, yang berjanji untuk bersama sehidup semati di kediaman mereka yang dianggap selamat,” ujar kenyataan mahkamah selepas menjatuhkan hukuman tersebut.
Wanita malang itu hamil selepas berkahwin namun mengalami keguguran pada Ogos 2024. Dia kemudian menjalani pembedahan.
Namun suspek kerap mendesak untuk melakukan seks dan mengasari mangsa apabila dia menolak untuk bersama. Kemarahan suspek memuncak selepas mangsa meminta cerai dan membaca kiriman mesej isterinya kepada seorang rakan yang mengatakan menyesal berkahwin.