Skip to main content

Viral

Suami Di India Bakar Isteri Kerana Warna Kulit Gelap Dihukum Mati

bakar_isteri

Seorang suami yang membakar isterinya kerana warna kulit pada tahun 2017 dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Utara India.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Kishanlal telah membakar isterinya, Lakshmi kerana tidak menyukai warna kulit wanita itu yang gelap.

Advertisement

Dia malah diketahui sering memberi tekanan dan menghina warna kulit isterinya sebelum melakukan jenayah tersebut.

Menerusi dokumen mahkamah, suspek telah memberi sebotol cecair yang didakwa sebagai ubat yang boleh memutihkan kulit kepada mangsa pada malam 24 Jun 2017.

Mangsa bagaimanapun mengatakan cecair tersebut berbau seperti asid dan suaminya terus membakar Lakshmi, lapor The Independent.

Mahkamah kemudian memutuskan hukuman sampai mati terhadap suspek kerana mahu ia menjadi pengajaran dan peringatan keras memandangkan kes berkaitan warna kulit semakin meningkat di negara tersebut.

Pihak guaman suspek bagaimanapun mendakwa kejadian yang berlaku sebagai satu insiden yang tidak disengajakan. Pihaknya memberitahu akan membuat rayuan terhadap hukuman mati yang dijatuhkan kepada Kishanlal.

Shopee 9.9 Sale

Jimat RM900 Segera di Troli Shopee Anda!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Tekan untuk tuntut sekarang!

Must-Watch Video