Sekilas
- Liya Maisarah menafikan dakwaan bahawa dia suka menayang kemewahan yang membebankan suaminya, Imran Vokey.
- Dia menjelaskan hanya sekali berkongsi hadiah cincin berlian 4 karat dan tidak suka meminta barang mahal daripada suaminya.
- Netizen memberi sokongan kepada Liya dan mengecam individu yang mencampuri urusan rumah tangga mereka.
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Liya Maisarah tampil bersuara selepas seorang pengguna mendakwa dirinya gemar menayang kemewahan sehingga membebankan suaminya, Imran Vokey
Menerusi perkongsian di Threads, Liya memilih untuk tidak berdiam diri dan menafikan bahawa dirinya jarang memuat naik perkongsian pemberian suaminya.
Katanya, dia tidak sampai hati jika suaminya menghadiahkan barangan yang mahal atas rasa serba salah yang tinggi.
"Bro, saya baru tunjuk sekali sahaja kat Threads yang cincin 4 karat diamond. Boleh tanya suami saya sendiri, saya isteri yang bagaimana. Saya boleh menangis kalau tahu dia beli hadiah mahal sebab rasa serba salah," tulisnya.
Dalam masa sama, Liya turut berkata jika dia meminta pada suaminya sekalipun Vokey masih mampu untuk memenuhi segala kemahuan dan keperluannya.
"Kalau saya minta pun, suami saya mampu. Saya memang bukan kaki meminta duit, saya pun duit kepuk-kepuk," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat buat Liya sambil mengecam tindakan individu tersebut yang sibuk menjaga hal rumah tangga orang.
"Sesetengah orang tidak perlu menyibuk hal orang lain.
"Biarlah suami sendiri, bukan suami orang. Isteri tahu suami dia mampu atau tidak.
"Dia tak kenal lagi Liya Maisarah macam mana.
"Lah sibuk jaga rumah tangga orang. Itu kan duit diorang," komen netizen.
Terdahulu, seorang netizen meluahkan rasa simpati terhadap Vokey kerana perlu turuti segala kemahuan Liya yang disifatkan suka menayang-nayang segala kemewahannya di media sosial.