Skip to main content

Berita

Suami Jahidah Dihukum Penjara 14 Tahun, Diperintah Bayar Ganti Rugi RM25,000

Suami Jahidah

Sekilas

  • Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas Rosmaini Abdul Raof atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, Jahidah Nordin, lima tahun lalu.
  • Rayuan Rosmaini ditolak dan beliau juga diperintahkan membayar ganti rugi RM25,000 kepada mangsa, dengan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar.
  • Kejadian berlaku pada Mei 2021 di Johor Bahru, melibatkan serangan fizikal terhadap Jahidah yang ketika itu hamil 10 minggu.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Isnin memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima tahun lalu.

Hukuman itu dikenakan terhadap tertuduh yang berusia 43 tahun selepas panel tiga hakim menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun yang sebelum ini dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Bukan itu sahaja, tertuduh turut diperintah membayar ganti rugi RM25,000 kepada mangsa. Sekiranya gagal berbuat demikian, tambahan penjara enam bulan akan diberikan.

Pada 4 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Disember 2024 yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini.

Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad, bagaimanapun membenarkan pelaksanaan itu ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan akhir.

Rosmaini juga sempat dipenjarakan 79 hari selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah, 46, yang ketika itu hamil 10 minggu, dengan memukul kepala, muka dan tangan mangsa serta menendangnya.

Kejadian di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru, pada jam 6 pagi, 4 Mei tahun sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang membolehkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh maksimum.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Must-Watch Video

Advertisement