Skip to main content

Jenayah

Suami Orang Dicekup Khalwat Dengan Anak Dara, Dakwa Dalam Proses Cerai - "Mereka Maklum Akan Berkahwin ..."

khalwat

Sekilas

  • Seorang lelaki yang masih berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan wanita bujang di sebuah hotel di Permas Jaya pada tengah malam Rabu.
  • Lelaki berusia 30-an itu mendakwa dalam proses perceraian dan sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan isteri, manakala wanita berusia 20-an pula bekas pekerja di tempat kerja lelaki tersebut.
  • Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Seorang lelaki yang masih berstatus suami orang dan mendakwa dalam proses perceraian dicekup berkhalwat dengan seorang wanita bujang di sebuah hotel di Permas Jaya, pada Rabu.

Menurut kenyataan di laman Facebook Penguatkuasa JAINJ 2025 serbuan dilakukan kira-kira jam 12.50 tengah malam di sebuah bilik di tingkat tiga hotel berkenaan.

"Selepas penguat kuasa mengetuk pintu selama hampir lima minit pintu dibuka oleh seorang lelaki yang berpakaian lengkap.

“Keadaan bilik gelap dan lelaki itu memaklumkan dia berseorangan. Namun pemeriksaan lanjut menemui pakaian dalam wanita di atas kerusi.

“Penguat kuasa kemudian mengetuk pintu bilik air dan tidak lama selepas itu keluar seorang wanita dalam keadaan berkemban,” jelas kenyataan itu lagi.

Siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 30-an itu sudah pun berkahwin sementara wanita berusia 20-an itu tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan.

Malah, hasil soal siasat turut mendedahkan lelaki terbabit merupakan ‘senior’ di tempat kerja lama wanita berkenaan, yang banyak mengajarnya dan hubungan mereka dipercayai menjurus kepada skandal sehingga wanita itu berpindah tempat kerja.

“Lelaki tersebut mendakwa dia dalam proses penceraian dan sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan isterinya.

"Selain itu, pasangan ini turut mendakwa telah bertunang walaupun lelaki masih mempunyai isteri yang sah.

“Mereka turut memaklumkan akan berkahwin selepas proses perceraian selesai,” kata kenyataan itu lagi.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement