Skip to main content

Selebriti

Sudah Terbiasa Sendirian, Haroqs Pilih Untuk Pendam Perasaan - "Mungkin Sebab Saya Dah Biasa..."

Haroqs pendam

Aktivis kemanusiaan, Haroqs mencuri tumpuan ramai apabila dia memuat naik kenyataan di media sosialnya berhubung sifat peribadinya yang jarang diketahui umum.

Menerusi perkongsian di Threads, dia akui bahawa dia lebih memilih untuk memendam perasaan dari bercerita pada orang kerana telah terbiasa menyendiri.

Advertisement

"Ramai yang bila jumpa saya, mesti tanya tentang keadaan saya. Saya ni memang sebelum misi lagi dah biasa sedih dan jalan sorang-sorang. Jadi tak tahu nak beri reaksi apa. Saya mampu tersenyum sahaja. Mungkin sebab saya dah biasa pendam seorang.

"Kalau ada benda jadi, perasaan nak bercerita tu tak tersampai, hanya senyuman yang mmapu diberikan," tulis Haroqs.

Perkongsian itu turut dibanjiri dengan kata-kata semangat dan reaksi positif daripada netizen di ruangan komen.

Antara komen yang ditinggalkan ialah:

"Kami semua ada di belakang dan sokong awak dik.

"Saya memahami tapi jangan sampai badan awak 'shutdown' tau. Sakit sangat bila dah sampai tahap tu. Jaga diri.

"Takpe Haroqs, ramai yang ada dengan Haroqs. Jangan biasa pendam sorang-sorang.

"Semoga Haroqs baik-baik sahaja tapi kalua ada apa-apa cerita je peminat Haroqs semua akan sentiada mendengar apa yang Haroqs luah," komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement