Skip to main content

Acara

Suka Makan Ayam Gepuk Sejak 2021, Peserta Keretapi Sarong Buat Selempang Buatan Sendiri

Peminat Fanatik Ayam Gepuk

Siapa sangka, ayam gepuk kegemaran rakyat Malaysia bukan sahaja enak dimakan, malah turut dijadikan ilham fesyen sempena sambutan Keretapi Sarong tahun ini.

Itulah yang dilakukan oleh Aliyya Syahmina Mohd Suffian, 35, apabila tampil kreatif dengan selempang ayam gepuk buatan sendiri sehingga mencuri perhatian ramai sepanjang acara berwarna-warni itu.

Advertisement

“Saya suka makan ayam gepuk Top Global sejak 2021. Selempang ini buatan sendiri, saya habiskan masa selama seminggu untuk menyiapkannya.

“Bayangkan, pukul 3.30 pagi saya dah bangun untuk bersiap, make-up sahaja ambil masa dua jam.

“Saya memang suka Top Global sebab saya suka makan pedas. Lepas ini saya akan terus singgah booth di TRX,” katanya.

Lebih manis, ini merupakan pengalaman pertama Aliyya menyertai Keretapi Sarong, dan jelas terpancar keterujaannya.

“Seronok sangat bila nampak semua orang bersuka-ria. Saya seorang ambivert yang kurang aktif bercakap, tapi platform ini buat saya lebih berani berinteraksi dengan ramai orang.

“Bahagian paling saya suka ialah bila kita sama-sama berpusing dan bergembira beramai-ramai,” ujarnya.

Aliyya turut meluahkan rasa bangga kerana dapat meraikan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

“Saya gembira menjadi rakyat Malaysia yang hidup dalam negara aman damai. Kita ada pelbagai kaum, tapi interaksi antara kita sangat baik dan tidak pernah jadi penghalang,” tambahnya.

Must-Watch Video

Advertisement