Skip to main content

Jenayah

Suspek Tikam Isteri Pernah Jumpa Bomoh, 'Tilik' Mangsa Ada Hubungan Dengan Lelaki Lain

tikam_isteri

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 40 tahun maut ditikam suami di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan dipercayai bermotifkan cemburu.
  • Suspek yang berusia 63 tahun mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan pernah berjumpa bomoh untuk menilik perkara tersebut.
  • Sepupu mangsa menegaskan wanita itu tidak mempunyai hubungan lain dan sering menumpang balik ke Kelantan kerana sibuk bekerja sebagai tukang masak di Selangor.

Kes wanita yang maut ditikam suami di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, dipercayai bermotifkan cemburu, dengan suspek dikatakan mengesyaki mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Perkara itu dimaklumkan sepupu mangsa, Razwan Mat Yazid, berusia 30-an, yang turut mengakui suspek kerap menghubunginya kerana mengesyaki isterinya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Katanya, suspek, 63, juga dikatakan pernah berjumpa dengan bomoh untuk 'menilik' isterinya itu sama ada mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

"Saya ada beritahu dia (suspek) bahawa arwah tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki sepertimana tanggapannya kerana arwah di sana bekerja dan tidak sempat mengangkat telefon disebabkan sibuk bekerja.

"Arwah bekerja sebagai tukang masak di Selangor, kerap menumpang saya balik ke Kelantan memandangkan saya bekerja sebagai pemandu lori," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Tanah Merah.

Terdahulu media melaporkan, seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di rumah mereka.

Mangsa berusia 40 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah disebabkan tikaman menggunakan senjata tajam.

Sumber: BH Online

Must-Watch Video

Advertisement