Skip to main content

Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamat Larian Kesyukuran 170km Putrajaya - Muar

Syed Saddiq menamatkan Larian Kesyukuran sejauh hampir 170 kilometer yang bermula dari Putrajaya dan berakhir di Laman Maharani, Muar, Johor, pada Ahad.

Sekilas

  • Syed Saddiq berjaya menamatkan Larian Kesyukuran hampir 170 km dari Putrajaya ke Muar pada Ahad pagi.
  • Larian ini bertujuan mengumpul dana kebajikan untuk penduduk Muar dan tanda kesyukuran selepas beliau dibebaskan daripada pertuduhan mahkamah.
  • Kempen tersebut berjaya mengumpul RM361,848 dalam dua hari, melebihi sasaran awal RM200,000.
Advertisement

Syed Saddiq Syed Abd Rahman menamatkan Larian Kesyukuran sejauh hampir 170 kilometer yang bermula dari Putrajaya dan berakhir di Laman Maharani, Muar, Johor, pada Ahad.

Ahli Parlimen Muar itu tiba di lokasi penamat sekitar jam 9.15 pagi selepas menyempurnakan larian terakhir sejauh 17 kilometer dari Simpang Sungai Rambai.

Advertisement

Syed Saddiq memulakan larian pada jam 7 pagi sebelum meneruskan perjalanan bersama beberapa kumpulan pelari untuk menuju ke garisan penamat.

Kehadiran beliau disambut ribuan warga Muar yang mula berkumpul seawal jam 8 pagi, selain sorakan "Hidup Muar" dan "Tahniah YB" daripada para penyokong.

Larian yang mengambil masa lebih dua jam pada peringkat terakhir itu merupakan sebahagian daripada misi yang dimulakan pada 16 Julai (Khamis) lalu dari pekarangan Istana Kehakiman, Presint 3, Putrajaya, dengan laluan merentasi Negeri Sembilan dan Melaka sebelum tiba di Muar.

Menurut Syed Saddiq, inisiatif berkenaan bukan sahaja bertujuan mengumpul dana kebajikan untuk penduduk di kawasan Parlimen Muar, malah menjadi tanda kesyukuran selepas beliau melalui proses perundangan dan dibebaskan daripada pertuduhan di mahkamah.

Dana yang berjaya dikumpulkan akan digunakan bagi dua tujuan utama, iaitu menyediakan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan serta membeli iPad untuk membantu pelajar mendapatkan akses kepada peranti pembelajaran.

Sehingga Sabtu, kempen itu berjaya mengumpul RM361,848 dalam tempoh dua hari, melebihi sasaran awal sebanyak RM200,000.

Pada 13 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan membebaskan Syed Saddiq daripada dua pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan harta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement