Skip to main content

Selebriti

Syed Saddiq Kongsi Sebab Pilih Bella Astillah Sebagai Pasangan Hidup, Dedah Ada Pihak Yang Cuba Ubah Pandangan Ibu Bapa

Syed Saddiq Kongsi Sebab Pilih Bella Astillah Sebagai Pasangan Hidup, Dedah Ada Pihak Yang Cuba Ubah Pandangan Ibu Bapa

Sekilas

  • Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq, memilih Bella Astillah sebagai bakal isterinya walaupun mereka tidak selalu sehaluan, kerana dia menghargai keikhlasan dan kebahagiaan yang dibawa Bella dalam hidupnya.
  • Ibu bapa Syed Saddiq pada awalnya ada keraguan, tetapi kini mereka telah menerima Bella sepenuhnya sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.
  • Hubungan mereka juga melibatkan anak-anak Bella, Ara dan Ayden, yang akan menjadi sebahagian daripada ikatan keluarga yang bakal dibina selepas perkahwinan mereka pada 10 Oktober di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.
Advertisement

Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berkongsi perkara yang membuatkan dirinya nekad dan yakin memilih pelakon, Bella Astillah sebagai bakal isterinya.

Menerusi temu duga di program MeleTOP, Saddiq berkata meskipun dirinya tidak sehaluan bersama Bella sekali pun, dia tetap akan memilih Bella sebagai pendamping hidupnya.

Advertisement

“Saya rasa walaupun tak sekepala tetapi pilihan itu tidak akan berubah. Wanita itu berada di sisi saya (Bella). Yang paling penting ialah apabila saya ada seseorang yang memahami, membawakan kegembiraan, dan orang yang bila saya saya kenal saya tahu siapa yang saya ingin bersama hingga ke hujung nyawa saya,”katanya.

Dalam pada itu, Saddiq turut mendedahkan ada pihak yang cuba mengubah pandangan ibu bapanya terhadap pilihannya, namun kini ibu bapanya telah menerima sepenuhnya kehadiran Bella dalam keluarga mereka.

“Ibu bapa saya adalah seorang yang penyayang. Kadangkala ada cabaran cuba mengubah pandangan. Alhamdulillah, hingga ke harini mereka telah menerima bella 110 peratus,”ujarnya.

Advertisement

Ujarnya lagi, hubungan tersebut bukan sahaja melibatkan Bella dan dirinya semata-mata, namun dia juga bakal membina ikatan kekeluargaan bersama anak-anak Bella iaitu Ara dan Ayden.

“Sangat penting kerana hubungan ini bukan sekadar saya dan Bella, ia melibatkan Ayden dan Ara. Mereka dilibatkan pada masa sama mereka tahu bahawa penikahan ini adalah untuk ikatan keluarga bersama,”kongsinya.

Sementara itu, Bella turut berkongsi keikhlasan Saddiq ketika bekerja dan sifat baik hatinya menyebabkan dia terbuka menerima Saddiq dalam hidupnya.

“Sebenarnya bila saya lihat YB ikhlas dalam bekerja dan baik hati. Perkara itu tidak dirancang dan ia adalah secara semula jadi,”katanya lagi.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan dalam majlis yang dirancang berlansung di Menara Merdeka Maybank, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

388 Kasut Sawah/Kebun Lelaki/Anti-Slip/High Quality/Men's Waterproof Rain boots

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

Girdle Slimming Pant Seluar Kurus Kempis Perut Tidak Bergulung Empat Tulang

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

YAMAHA Rain Shoe Cover Motorcycle Sarung Kasut Hujan Boot RainShoe Cover Waterproof Rainproof

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Must Watch Video

Advertisement