Skip to main content

Selebriti

Tak Boleh Nyanyi Sesuka Hati, Hafiz Suip Titip Pesanan Buat Pempengaruh & Artis Baharu - "Orang Lama Boleh Tahu Keikhlasan Sesebuah Lagu"

hafiz lagu

Sekilas

  • Hafiz Suip tekankan pentingnya proses dan bimbingan sebelum melancarkan lagu bagi memastikan karya sesuai untuk semua pihak.
  • Beliau mengingatkan pempengaruh yang ingin cuba bidang nyanyian supaya ikut proses yang betul, terutama dengan trend penggunaan AI dalam industri muzik.
  • Hafiz nasihatkan artis baharu supaya bermuhasabah dan dapatkan pendapat orang lain untuk hasilkan lagu berkualiti.

Sebagai anak seni, penyanyi Hafiz Suip percaya setiap penyanyi perlu dibimbing dan melalui proses tertentu sebelum menerbitkan sebarang karya bagi memastikan ia sesuai untuk semua pihak.

Bagaimanapun, Hafiz mengakui kini ramai yang terlalu yakin tanpa membuat kajian atau melalui proses yang betul.

“Saya percaya sejak awal saya dalam industri, setiap lagu memang akan dirancang dan dibincangkan terlebih dahulu sebelum dilancarkan. Kita akan fikir kesannya serta pastikan lagu itu sesuai untuk penyanyi dan pendengar.

“Masalah sekarang, ada yang terlalu yakin tanpa buat kajian mendalam. Mereka mungkin belum nampak kesan jangka panjang kepada industri kerana proses itu tidak diikuti dengan teliti,” katanya.

Pelantun lagu Ku Akui itu turut menegaskan bahawa tidak salah bagi pempengaruh ingin mencuba bidang nyanyian, tetapi mereka perlu melalui proses yang sepatutnya.

“Sebenarnya tak salah pempengaruh nak cuba bidang nyanyian. Tapi tetap kena ikut proses, tak boleh sesuka hati, terutama dengan peningkatan trend penggunaan kecerdasan buatan (AI). Orang lama dalam industri boleh tahu keikhlasan sesebuah lagu,” jelasnya.

Selain itu, Hafiz menitipkan pesanan kepada artis baharu untuk sentiasa bermuhasabah dan bertanya pendapat orang lain supaya lagu yang dihasilkan berkualiti.

“Bagi pempengaruh atau artis baharu, lebih baik ikut garis panduan yang betul dan bincang dengan pasukan. Apa yang kita rasa baik, belum tentu orang lain rasa sama,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement