Skip to main content

Berita

Tak Dapat Keputusan Baik, Calon SPM Dakwa Ditampar, Dicubit Guru Berulang Kali

Tak Dapat Keputusan Baik, Calon SPM Dakwa Ditampar, Dicubit Guru Berulang Kali

Sekilas

  • Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang sedang menyiasat dakwaan seorang calon SPM yang ditampar dan dicubit berulang kali oleh guru di sebuah sekolah.
  • Pejabat Pendidikan Daerah telah bertemu dengan pelajar dan keluarganya serta akan menyediakan syor tindakan lanjut sambil memberi khidmat bimbingan sosioemosi kepada pelajar tersebut.
  • Ibu bapa pelajar mendakwa kejadian itu menjejaskan keyakinan anak mereka sehingga menyebabkan remaja itu takut ke sekolah dan enggan menduduki peperiksaan SPM yang akan datang.
Advertisement

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didakwa berulang kali ditampar dan dicubit oleh guru di sebuah sekolah.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara itu dan mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menjalankan siasatan serta menyediakan syor tindakan dan penyelesaian lanjut.

Advertisement

"PPD juga telah mengadakan pertemuan dengan pelajar itu dan keluarganya petang tadi, JPNPP akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang terlibat dalam perkara ini," katanya.

Mohamad Dziauddin berkata, fokus segera JPNPP adalah menyediakan khidmat bimbingan sosioemosi kepada pelajar berkenaan bagi membantunya membuat persediaan menghadapi peperiksaan itu.

Beliau turut memohon kerjasama semua pihak untuk bersama-sama menyokong pembentukan ekosistem pendidikan yang selamat bagi murid dan guru, khususnya ketika calon SPM 2026 berada pada fasa akhir persediaan menghadapi peperiksaan.

Advertisement

Katanya, sokongan semua pihak penting dalam memastikan suasana serta persepsi positif terhadap sistem pendidikan terus dipelihara.

Dakwaan kejadian itu tular di media sosial susulan hantaran ibu bapa pelajar berkenaan yang merayu perhatian kepimpinan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut hantaran itu, pelajar tersebut didakwa berulang kali ditampar dan dicubit sehingga mengalami lebam, selain dihina oleh seorang guru hanya kerana tidak memperoleh keputusan yang baik.

Ibu bapa pelajar itu turut mendakwa kejadian tersebut menjejaskan keyakinan diri anak mereka sehingga menyebabkan remaja itu takut untuk hadir ke sekolah dan memaklumkan enggan menduduki peperiksaan SPM yang dijadualkan bermula minggu depan.

Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement