Skip to main content

Berita

Tak Hormat Lagu Kebangsaan, Bunga Isme ‘Sekolahkan’ Pempengaruh - “Saya Rasa Awak Patut Berhenti…”

Tak Hormat Lagu Kebangsaan, Bunga Isme ‘Sekolahkan’ Pempengaruh - “Saya Rasa Awak Patut Berhenti…”

Sekilas

  • Penyanyi Bunga Isme menegur seorang pempengaruh Indonesia yang didakwa tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.
  • Bunga menegaskan lagu Negaraku adalah simbol kebanggaan rakyat Malaysia dan bukan bahan untuk dijadikan content santai.
  • Pempengaruh tersebut sebelum ini menyanyikan lagu Negaraku secara tidak mengikut rentak asal, menyebabkan kemarahan orang ramai.
Advertisement

Penyanyi, Bunga Isme menegur tindakan seorang pempengaruh dari Indonesia yang didakwa tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.

Menerusi perkongsian di Threads, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari,26 berkata Negaraku bukanlah lagu yang sesuai untuk dijadikan ‘content’, malah ia perlu dinyanyikan dengan sepenuh jiwa raga.

Advertisement

Menurutnya, Negaraku adalah simbolik kebanggaan rakyat Malaysia dalam memberikan penghormatan buat nenek moyang yang telah berjuang mendapatkan kemerdekaan.

“Terima kasih atas ucapan itu sis tetapi saya rasa awak patut berhenti selepas buat ucapan itu. Lagu kebangsaan kami adalah kebangaan kami, bukan sesuatu untuk dibuat content.

“Kami menyanyi dengan sejiwa raga untuk nenek moyang kami yang telah berjuang habis-habisan untuk tanah ini. Bila kami menyanyi, kami akan berdiri tegak dan nyanyi dengan penuh rasa bangga,”tulisnya.

Sebelum ini, pempengaruh yang dikenali dengan Bule Barbie itu menitipkan ucapan sempena sambutan hari kebangsaan yang ke-69 sambil mendendangkan lagu Negaraku.

Advertisement

Bagaimanapun, nyanyiannya yang tidak mengikut rentak asal dan cara penyampaian yang bersahaja mencetuskan kemarahan orang ramai.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Must Watch Video

Advertisement