Skip to main content

Rancangan Realiti

"Tak Kan Saya Nak Bagitahu Semua Orang Saya Pekak" - Shae

Shae gv

Sekilas

  • Shae dari Gegar Vaganza 12 berkongsi bahawa dia tidak memberitahu orang ramai tentang masalah pendengarannya kerana menganggap ia sebagai pemberian Tuhan dan tidak mahu heboh mengenainya.
  • Dia menerima kritikan dan pujian dengan hati terbuka dan menghargai setiap komen yang diterima sepanjang pertandingan.
  • Gegar Vaganza 12 akan bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025 setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.

Bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Shae berkongsi bahawa dia tidak mempunyai sebarang sebab yang kukuh untuk memberitahu pada orang ramai mengenai masalah pendengarannya.

Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething berkata bahawa dia  bukanlah seseorang yang akan heboh memberitahu mengenai kekurangan diri pada orang lain.

Dia juga tidak kisah jika ada pihak yang tidak memahami kekurangannya itu.

"Saya tak bagitahu orang mengenai masalah telinga saya kerana ia adalah pemberian tuhan. Tak kan saya nak beritahu pada semua seperti para penonton, saya pekak saya pekak. Saya tak akan buat begitu. Jika mereka tak faham, itu bukan masalah saya," katanya kepada Gempak.

Shae berkongsi perkara tersebut selepas beraksi di konsert minggu kelima GV12 di MBSA Shah Alam pada Ahad.

Katanya lagi, dia sering mendapat kritikan dan pujian setiap hari namun dia sentiasa berlapang dada dan berterima kasih atas segala komen tersebut.

"Mereka boleh nilai sendiri persembahan saya. Setiap hari saya dapat kritikan dan pujian tetapi saya hanya mampu berterima kasih pada mereka," ujarnya.

Terdahulu, Shae akui mempunyai masalah pendengaran sejak usianya 8 tahun.

Dia bahkan tidak pernah berkongsi perkara tersebut kepada orang tuanya kerana tidak mahu mereka berdua risau.

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement