Skip to main content

Selebriti

“Tak Kisahlah Digelar Lagu ‘Mat Rempit’, Janji…” - Hijjaz

“Tak Kisahlah Digelar Lagu ‘Mat Rempit’, Janji…” - Hijjaz

Sekilas

  • Kumpulan nasyid Hijjaz tidak menyangka lagu ‘Kau Sahabat Kau Teman’ kembali tular dan digunakan untuk mengenang orang tersayang di media sosial.
  • Lagu tersebut dicipta oleh Munif Ahmad sebagai penghargaan kepada ahli kumpulan mereka yang telah meninggal dunia, khususnya Allahyarham Mohd Salleh Ramli.
  • Hijjaz menerima penggunaan lagu itu oleh geng permotoran walaupun asalnya lagu ini bertujuan untuk memberi semangat dan doa kepada semua yang rasa kehilangan.
Advertisement

Kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz mengakui tidak menyangka lagu ‘Kau Sahabat Kau Teman’ akan kembali tular dan digunakan oleh pengguna media sosial bagi mengenang pemergian orang yang tersayang.

Menurut salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Isman Nadim Isam, lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan Munif Ahmad yang dicipta khas buat ahli kumpulan mereka iaitu Allahyarham Mohd Salleh Ramli yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 2001.

Advertisement

“Selain itu dalam Hijjaz Records, ada dua, tiga orang yang sudah meninggal dunia. Jadi lagu (Kau Sahabat Kau Teman) itu bertujuan untuk mengenang semua mereka yang dekat dengan kami.

“Sebenarnya selepas arwah Salleh tiada, kami diberi tanggungjawab untuk ‘battle’ iaitu masing-masing kena buat lagu. Siapa siap dulu, lagu dia akan dipilih. 

“Hijjaz ambil cabaran ini kerana selain menyanyi, kami juga adalah komposer. Alhamdulillah kami ada kebolehan itu, tapi Munif berjaya siapkan lagu ini dulu.

Advertisement

“Lagu ini bertujuan untuk mengenang jasa dan ikatan seseorang dengan kita. Kenangan itu sentiasa hidup dengan lagu. Bila lagu itu keluar, kami terus ingat arwah,”katanya kepada Gempak.

Isman berkata demikian ketika temui pada sidang media Konsert Rindu Sumayyah Hijjaz yang berlangsung di Istana Budaya, baru-baru ini.

Katanya lagi, mereka juga tidak kisah jika lagu berkenaan banyak digunakan oleh geng permotoran kerana menggangap ia berjaya memberikan kesan kepada pendengar.

“Tapi tak sangka pula tiba-tiba lagu ini jadi macam lagu tema geng pemotoran apabila membabitkan kematian penunggang motosikal seperti himpunan RXZ Members. 

“Setiap kali ada kematian penunggang motosikal maka lagu ini pasti digunakan. Sebenarnya lagu ini dihasilkan sebagai hadiah untuk semua orang yang rasa kehilangan. Itu sebabnya tajuk sebegitu.

“Apa pun tak kisahlah digelar lagu ‘Mat Rempit’, janji makna lagu itu baik. Ia mengajak kita mendoakan yang terbaik dan reda dengan ketentuan takdir,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video

Advertisement