Skip to main content
Advertisement

Berita Tempatan

Tak Lagi Bergantung Pada Komputer, Telefon Pintar & AI Ubah Cara Generasi Muda Melabur

Tak Lagi Bergantung Pada Komputer, Telefon Pintar & AI Ubah Cara Generasi Muda Melabur
Advertisement

Cara generasi muda menguruskan pelaburan semakin berubah apabila telefon pintar dan kecerdasan buatan (AI) kini memainkan peranan lebih besar dalam membuat analisis serta keputusan berkaitan dagangan.

Perubahan tingkah laku itu turut membuka potensi baharu kepada industri teknologi kewangan dengan platform dagangan pelbagai aset, ProreX kini mengintai Asia Tenggara sebagai antara fokus pengembangan terbaharunya.

Advertisement

Tidak seperti generasi terdahulu yang lebih sinonim dengan terminal dagangan menerusi komputer, pelabur muda hari ini semakin terbiasa menguruskan pelbagai urusan kewangan hanya menggunakan telefon pintar.

Malah, trend peningkatan pelabur muda turut dapat dilihat di Malaysia.

Menurut data Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), pelabur berusia 35 tahun dan ke bawah menyumbang lebih 50 peratus daripada akaun pasaran saham runcit baharu yang dibuka setiap tahun sepanjang lima tahun lalu.

Advertisement

Golongan berkenaan kini mewakili kira-kira 490,000 daripada keseluruhan 2.4 juta akaun runcit aktif di negara ini.

Situasi sama turut berlaku di Vietnam apabila jumlah akaun dagangan sekuriti domestik dilaporkan mencecah kira-kira 12.26 juta pada penghujung Februari 2026.

AI semakin dekat dengan pelabur muda

Menariknya, penggunaan AI dalam kalangan generasi baharu bukan lagi sesuatu yang asing.

Berdasarkan laporan 2024 Global Retail Investor Outlook yang dipetik dalam Capital Market Masterplan 2026–2030 oleh SC, sebanyak 36 peratus pelabur Gen Z dan milenial aktif menggunakan chatbot AI.

Angka tersebut lebih dua kali ganda berbanding hanya 15 peratus dalam kalangan pelabur Gen X dan baby boomers.

Melihat perubahan tersebut, ProreX memperkenalkan antara muka dagangan berasaskan bahasa semula jadi atau Natural Language User Interface (NLUI).

Secara ringkas, teknologi itu membolehkan pengguna memberikan arahan kepada AI untuk menyaring pasaran, menganalisis risiko serta menyediakan persediaan dagangan.

AI analisis, manusia buat keputusan

Dalam pengembangannya di Asia, ProreX turut memperkenalkan keupayaan Agentic Trading menerusi ProreX MCP.

Teknologi tersebut menghubungkan beberapa alatannya termasuk Screener, Smart Score, Trade Ideas dan kalendar ekonomi kepada ejen AI serta aliran kerja MetaTrader 5.

Bagaimanapun, AI tidak diberikan kuasa mutlak untuk menentukan keputusan pelaburan pengguna.

Sebaliknya, ejen AI digunakan untuk membantu menganalisis pasaran serta menyediakan cadangan dagangan, manakala kelulusan dan pengesahan secara manual kekal berada di tangan pedagang sebagai tetapan lalai.

Menurut data dalaman ProreX, penggunaan alatan dagangan berasaskan AI di platform tersebut meningkat kira-kira 30 peratus dalam tempoh enam bulan lalu.

Bukan sekadar ramal harga naik atau turun

Selain AI, ProreX turut meneroka satu lagi pendekatan dikenali sebagai Events Trading dalam strateginya untuk pasaran Asia.

Berbeza dengan dagangan tradisional yang memberi fokus kepada jangkaan sama ada harga sesuatu aset akan meningkat atau menurun, Events Trading berasaskan hasil sesuatu peristiwa sebenar.

Antaranya keputusan kadar faedah bank pusat, pergerakan paras harga utama mata wang kripto serta keputusan peristiwa ekonomi atau politik antarabangsa.

ProreX menyasarkan untuk menjadi antara platform berasaskan broker terawal di rantau ini yang menawarkan Events Trading secara bersepadu bersama pasaran tradisional dan analisis AI.

AI bukan pengganti keputusan manusia

Dalam perkembangan teknologi yang semakin pantas, ProreX turut mengakui penggunaan AI mempunyai risiko termasuk kemungkinan menerima maklumat yang tidak lengkap.

Justeru, platform itu mengekalkan prinsip bahawa teknologi AI bertindak sebagai alat untuk menganalisis serta menyediakan cadangan tindakan, sementara keputusan terakhir masih perlu dibuat oleh pengguna sendiri.

ProreX turut mengingatkan pengguna supaya berwaspada terhadap risiko penipuan dan penyamaran dalam talian ketika menggunakan perkhidmatan berkaitan pelaburan.

Anda mungkin berminat dengan

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

Simkad BeONE Prepaid by Redone | Sim Card Internet High Speed 4G 5G Unlimited Call

Plagiarism + AI Checker 𝑻𝒖𝒓𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏 | No Repository [Fast]

Plagiarism + AI Checker 𝑻𝒖𝒓𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏 | No Repository [Fast]

Must Watch Video

Advertisement