Skip to main content

Selebriti

Tak Mahu Tahu 'Password' Telefon Suami, Fatin Afeefa Ingin Jaga Ketenangan Diri - "Kalau Sudah Tiba Masa Saya Untuk Pergi..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Fatin Afeefa memilih untuk tidak mengetahui kata laluan telefon suaminya, Aliff Awang, demi menjaga privasi dan ketenangan diri.
  • Fatin menegaskan dia bukan dalam fasa 'denial' tetapi lebih kepada tawakkal dan menerima ketentuan Allah dalam hidupnya.
  • Fatin dan Aliff berkahwin pada Disember 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, manakala Fatin juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi bahawa dia memilih untuk tidak mengetahui kata laluan telefon pintar milik suaminya, Aliff Awang.

Menerusi perkongsian di Threads, Fatin berkata bahawa dia tidak mahu mencampuri urusan suaminya memandangkan dia sendiri mempunyai masalah tersendiri.

"Saya tak tahu password telefon suami saya. Kalau telefon dia terbuka, saya akan tolong tutupan. Saya ada banyak masalah saya sendiri. Saya tak perlukan satu lagi masalah,"tulisnya.

Dalam masa yang sama, Fatin menegaskan bahawa dia bukanlah di dalam fasa 'denial', namun hanya ingin menjaga batasan privasi suaminya itu demi menjaga ketenangan diri.

"Saya bukan denial. Saya gelarkan dia sebagai tawakkal. Saya percaya pada ketentuan Allah dan saya ingin lindungi ketenangan saya. Saya tahu batasan saya. Kalau sudah tiba masa saya untuk pergi, saya akan pergi juga,"ujarnya.

Sekadar rekod, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement