Skip to main content

Selebriti

Tak Payah Keluar Rumah, Banduan Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Banduan

Dari layar perak ke rumah, filem Banduan arahan Kroll Azry kini boleh ditonton melalui saluran Astro First.

Dengan satu bayaran sahaja, orang ramai boleh menonton bersama keluarga, rakan-rakan dan pasangan.

Diterbitkan oleh Astro Shaw dan Number Twenty One Media, Banduan merupakan adaptasi rasmi daripada filem pecah panggung India, Kaithi, dan mula ditayangkan pada 6 November lalu di seluruh negara.

Mengisahkan seorang banduan yang bekerjasama dengan polis bagi menumpaskan sindiket dadah sambil berusaha menemui anak perempuannya, filem ini dipuji kerana jalan cerita padat, aksi bertenaga dan elemen emosi yang menyentuh.

Gandingan utama Aaron Aziz dan Datuk Rosyam Nor, bersama barisan pelakon seperti Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan, turut menambah daya tarikan filem ini kepada penonton.

Must-Watch Video

Advertisement