Sekilas
- Datuk A.Aida meluahkan rasa kurang senang terhadap individu yang suka bertanya soalan sensitif mengenai penceraian.
- Beliau menegaskan tiada pasangan yang mahu rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian dan meminta orang ramai tidak mencampuri urusan peribadi orang lain.
- Perkongsian A.Aida di Threads mendapat perhatian ramai netizen yang turut bersetuju dan menasihatinya untuk fokus pada kebahagiaan diri.
Penerbit terkenal, Datuk A.Aida meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir individu yang suka bertanyakan soalan sensitif khususnya dalam konteks penceraian.
Menerusi perkongsian di platform Threads, A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 56 berkata bahawa perkara tersebut adalah diluar jangkaan, malah tiada pasangan yang mahukan rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian.
“Paling menyampah bila orang tanya ‘kenapa bercerai’. Hello, siapa yang kahwin nak cerai berai. Masa akad nikah tu semua orang nak kekal hingga mati,”tulisnya.
Justeru, dia memohon agar mana-mana pihak tidak terlalu mencampuri urusan peribadi dan rumah tangga seseorang.
“Jadi, lain kali tak payahla nak sibuk tanya kenapa orang bercerai. Kalau ada orang yang tanya, jawab sahajalah tiada jodoh,”ujarnya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dengan situasi yang dikongsikan A.Aida.
Ada juga menasihatinya untuk menghiraukan individu berkenaan dan memintanya untuk memberi tumpuan pada kehidupan bahagianya sekarang.