Skip to main content

Selebriti

Tak Perlu Benarkan Permohonan 'Gag Order', Peguam Nafi Perkongsian Aliff Syukri Raih Simpati

Aliff Syukri x Abdul Kadir

Peguam usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Zulfahmi Abu Bakar selaku defendan berkata hantaran awal iaitu “hahaha” milik usahawan tu telah diturun serta-merta.

Beliau berkata, hantaran berkenaan tidak lebih kepada bentuk perkongsian di media sosial menganggap ia tidak akan mengganggu proses keadilan mahkamah.            

“Mengenai hantaran temu bual oleh pihak media, saya belum meneliti perkara itu, sama ada anak guam dihubungi media pada atau sebelum Isnin lalu.

“Kita juga tidak dapat mengawal berita yang mahu dikeluarkan media,” katanya yang hadir bersama peguam, Mohd Tajudin Abd Razak dan Shah Nurul Afzan Abdullah.

Mengulas mengenai dakwaan pembelaan plaintif, beliau berkata, kenyataan Aliff Syukri bukan berniat untuk meraih simpati masyarakat supaya memberi tekanan kepada mahkamah sehingga boleh menjejaskan keputusan kes.

Beliau juga percaya, mahkamah ini adil dan tidak akan mudah terpengaruh dengan komen warganet.                                

Susulan itu katanya, mahkamah tidak perlu membenarkan permohonan 'gag order' dan menghina mahkamah seperti yang dipohon pihak plaintif.

Prosiding di hadapan Hakim, Roslan Mat Nor bersambung jam 2 petang pada Khamis.

Pada 6 September 2023, Abdul Kadir memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM70 juta daripada ahli perniagaan, Aliff Syukri atas dakwaan memfitnah.

Abdul Kadir, 86, yang berkata, Aliff Syukri yang turut terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut ramai dalam platform media sosial iaitu Facebook, Instagram dan lain-lain, didakwa telah mengeluarkan kenyataan itu pada 2 Julai 2023.

Bekas menteri penerangan itu mendakwa, kenyataan itu membawa maksud antaranya plaintif berhutang dengan defendan berjuta-juta ringgit, selain gambar plaintif yang diletakkan pada kenyataan tersebut telah mengundang komen negatif daripada pembaca.

Oleh itu, plaintif menuntut antaranya defendan membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah, selain perintah supaya defendan memberikan aku janji bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang fitnah terhadap plaintif serta permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosial defendan, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.

Sementara itu, Aliff Syukri menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa beliau telah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan plaintif, defendan serta dua syarikat.

Defendan mendakwa, pihak-pihak di dalam perjanjian usaha sama gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan oleh saya dan segala pelanggaran-pelanggaran janji sedemikian termasuklah aku janji yang diberikan plaintif, di dalam pengetahuan sendiri.                                                                        

Sumber: Sinar Harian     

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement