Skip to main content

Selebriti

Tak Pernah Terbayang Masuk Industri Seni, Iman Troye Anggap Arwah Siti Sarah Pembuka Rezeki - “Saya Teringin Nak…”

Tak Pernah Terbayang Masuk Industri Seni, Iman Troye Anggap Arwah Siti Sarah Pembuka Rezeki - “Saya Teringin Nak…”

Sekilas

  • Iman Troye mendedahkan arwah Siti Sarah yang memberi dorongan dan bimbingan penting dalam perjalanan seni serta menjaga kesejahteraan mentalnya.
  • Arwah Siti Sarah pernah buat kejutan selepas peperiksaan SPM Matematik dan menasihati ibu bapa Iman untuk bawa dia jumpa pakar psikiatri.
  • Iman berkongsi impiannya agar arwah dapat menyaksikan kejayaannya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-47 menerusi lagu Nang.
Advertisement

Penyanyi, Iman Troye mengakui tidak pernah terfikir untuk bergelar anak seni sehinggalah arwah Siti Sarah yang memberi dorongan kepadanya untuk menceburi bidang nyanyian.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin turut mengimbau kenangan apabila arwah pernah membuat kejutan istimewa buatnya selepas selesai menduduki peperiksaan Matematik SPM.

Advertisement

“Arwah selalu teks saya tanya keadaan saya. Ajak saya kelas vokal. Dulu saya tak nampak vision yang ada dalam industri dan keluarkan single sendiri.

“Dia datang sekolah saya bawa belon buat kejutan ketika peperiksaan SPM Matematik saya,” katanya kepada Gempak.

Iman berkata demikian ketika ditemui pada Program Santuni Pelajar Mekdi Gempakkan Kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, baru-baru ini.

Advertisement

Menurut Iman, arwah banyak membimbingnya tentang selok-belok industri seni, termasuk cara menjaga diri ketika bergelar penyanyi.

Malah, arwah juga pernah menasihati ibu bapa Iman supaya membawanya berjumpa pakar psikiatri bagi menjaga kesejahteraan mentalnya.

“Arwah Kak Sarah yang banyak ajar saya macam mana nak masuk industri, jaga diri dan sebagainya. Dia yang bagitahu ibu bapa saya jumpa pakar psikiatri supaya saya boleh cerita dekat pakar perkara yang Iman tak boleh kongsikan dengan ibu bapa.

“Dia cakap walaupun Iman okay tetapi tak semestinya saya okay. Jadi, perkara itu yang saya ingat sampai sekarang,” ujarnya.

Mengakui masih merindui arwah, Iman turut berkongsi perkara yang sangat ingin disampaikan kepadanya, iaitu kejayaan melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-47 menerusi lagu Nang.

Bagi Iman, pencapaian itu merupakan antara momen paling istimewa dalam perjalanan seninya dan dia berharap arwah berpeluang menyaksikannya.

“Perkara yang saya teringin sangat nak beritahu Kak Sarah adalah saya harap dia dapat saksikan saya masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-47 menerusi lagu Nang. Momen itu sangat istimewa bagi saya,” kongsinya.

Sekadar info, program Gempakkan Kampus bersama Mekdi berlangsung pada Sabtu lalu di Panggung Percubaan, UPM, Serdang.

Selain Iman, program tersebut turut menampilkan barisan artis dan selebriti popular seperti Mierul Aiman, Dayang Nurfaizah, Qawiyaro, Financial Faiz, Yaya Zahir dan Amirul Ramli.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khas buat warga kampus, termasuk sesi perkongsian ilmu, permainan interaktif serta ruang santai untuk mahasiswa meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

New Slide Sandals for Boys, Children - Adults, Buckle Slide Sandal Model - New Dlx Ceqiu Andrian

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement