Skip to main content

Berita

Tak Puas Hati Diminta Henti Buat Live Ketika Makan, Pempengaruh Enggan Bayar Bil Restoran Ditahan Polis

IMG 3062

Sekilas

  • Seorang pempengaruh media sosial, Dalton Eatherly atau Chud the Builder, ditahan selepas enggan membayar bil restoran hampir RM1,569 di Nashville, AS.
  • Dia didakwa membuat siaran langsung walaupun diminta berhenti dan mencetuskan kekecohan termasuk kenyataan berbaur perkauman di restoran tersebut.
  • Eatherly dikenakan bon jaminan RM19,612 dan didakwa atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh, melawan tangkapan serta mencuri perkhidmatan.
Advertisement

Seorang pempengaruh media sosial ditahan selepas didakwa enggan membayar bil restoran hampir AS$400 (RM1,569) gara-gara tidak berpuas hati diminta menghentikan siaran langsung ketika makan di sebuah restoran stik di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Dalton Eatherly yang menggunakan nama glamor Chud the Builder di media sosial itu ditahan pada Sabtu selepas didakwa mencetuskan kekecohan di Bob’s Steak and Chop.

Advertisement

Menurut afidavit tangkapan, kakitangan restoran sebelum itu meminta Eatherly supaya tidak melakukan siaran langsung atau mengganggu perkhidmatan pelanggan ketika merakam konten tersebut.

Bagaimanapun, lelaki itu didakwa terus membuat siaran langsung selepas memesan dua hidangan utama, minuman dan pembuka selera bernilai AS$371.55 (RM1,460).

Dokumen mahkamah mendakwa, Eatherly mula mengganggu suasana restoran selepas diminta menghentikan siaran langsung.

Dia didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman, menjerit dan mencetuskan kekecohan dalam premis tersebut.

Eatherly juga didakwa tidak akan membayar makanan yang sudah dimakan.

Menurut afidavit itu, lelaki berkenaan berniat untuk mengelak atau enggan membuat bayaran bagi hidangan yang telah digunakan.

Eatherly kemudian ditahan dan didakwa atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh, melawan tangkapan serta mencuri perkhidmatan.

Dia dikenakan bon jaminan berjumlah AS$5,000 (RM19,612) .

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement