Skip to main content

Selebriti

Tak Segan Ada Kawan Yang Tak Pandai Bergaya, Fazura Siap 'Offer' Gayakan & Tangkap Gambar OOTD - "Tetapi Dengan Syarat Dia Tidak Ada..."

Fazura ootd

Sekilas

  • Pelakon Nur Fazura berkongsi bahawa dia tidak segan berkawan dengan orang yang tidak pandai bergaya dan akan membantu mereka tampil cantik.
  • Fazura akan membantu rakannya bergaya dan mengambil gambar OOTD dengan syarat rakannya tidak lupa diri atau mengambil kesempatan.
  • Netizen memuji sikap baik dan rendah hati Fazura dalam ruangan komen di media sosial.

Pelakon, Nur Fazura mencuri tumpuan selepas berkongsi bahawa dia sama sekali tidak segan untuk berkawan dengan orang yang tidak pandai bergaya seperti dirinya.

Menerusi Threads, Fazura berkata dia akan memastikan rakannya itu kekal bergaya sambil membantunya mengambil beberapa gambar.

"Tak segan ada kawan yang tak pandai bergaya. Saya akan tolong dia bergaya dan ambilkan gambar OOTD dia supaya sama-sama cantik," tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Pisau Cukur itu meletakkan syarat bahawa rakannya itu tidak boleh memiliki sifat lupa diri dan suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain.

"Tetapi dengan syarat dia tak pernah ada sifat lupa diri, tak sedar ruang atau cuba untuk ambil kesempatan dengan kebaikan saya dan rakan- rakan lain," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat baik yang dimiliki oleh Fazura.

"Hati yang baik sangat.

"Kak Faz memang terbaik.

"Nak kawan dengan kak Faz la.

"Wow, saya suka awak, Fazura," komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement