Skip to main content

Berita

Tak Sempat Ke Majlis Cukur Jambul, Bayi Enam Bulan Piatu Sekelip Mata… Ibu Bapa Maut Terlibat Kemalangan - “Semua Sayang Layla”

Bayi Yatim Piatu Sekelip Mata

Sekilas

  • Seorang wanita berkongsi kisah sedih bayi berusia enam bulan, Laylaa, yang kini yatim piatu selepas ibu dan bapanya meninggal dunia dalam kemalangan.
  • Hazira, yang berkongsi ciapan itu, turut meluahkan rasa pilu atas pemergian sahabatnya, Nur Fatihah Othman dan suami, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar.
  • Kemalangan berlaku pada hari yang sama sepatutnya majlis cukur jambul Laylaa diadakan, menjadikan kejadian itu lebih memilukan.
  • Fatihah dan suaminya meninggal dunia selepas Perodua Myvi yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi.
  • Bayi Nur Laylaa mengalami kecederaan kepala dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi.

Di Threads, tular satu hantaran menyayat hati dari seorang wanita mengenai nasib bayi baru berusia enam bulan yang kini sudah menjadi yatim piatu selepas ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan.

Menerusi ciapan dibuat individu dikenali sebagai Hazira, dia berasa sangat sedih dengan nasib menimpa bayi bernama Laylaa itu dan dalam masa yang sama meluahkan rasa pilu mengenangkan pemergian sahabatnya, Nur Fatihah Othman dan suami, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar.

“Salam takziah buat kawan saya. Sedihnya harini. Al-Fatihah Teha dan suami.

“Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Buat anaknya, semoga Layla kuat. Semua sayang Layla tau,” kongsinya.

Lebih memilukan apabila ada individu yang mendakwa dirinya keluarga kepada Fatihah memaklumkan bahawa hari kejadian merupakan hari yang sama sepatutnya majlis cukur jambul Layla diadakan.

“Ya sedih sangat sangat. Arwah ibu kepada bayi ini merupakan sepupu rapat suami saya dari kecil.

“Semalam (Ahad) sepatutnya majlis cukur jambil bayi ini. Kita semua tunggu dia tak sampai-sampai dan dapat tahu dia kemalangan dan dah tak ada,” ujarnya

Pada Ahad, Fatihah dan Lokmanorhakim sidahkan meninggal dunia selepas Perodua Myvi yang dinaiki mereka bersama seorang anak terlibar dalam nahas tiga kenderaan di 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi pada Ahad.

Bayi mereka iaitu Nur Laylaa Batrysha mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement