Skip to main content

Rancangan Realiti

Talk To My Manager : Persembahan Thalita Buat Pentas TTMM Bergenang Air Mata - "Saya Cuba Elak Nangis…”

Thalita Sebak Atas Pentas

Pentas minggu keempat Talk To My Manager (TTMM) dihujani dengan rasa sedih apabila persembahan Thalita menyentuh hati penonton dengan lagu yang bukan sekadar nyanyian, tetapi sarat dengan kenangan terhadap arwah ibunya, Siti Sarah.

Menurut Thalita, dia gagal menahan sebak sepanjang membuat persembahan kerana lagu tersebut meninggalkan kesan mendalam buat dirinya serta ayahnya, Shuib.

Advertisement

"Saya sebenarnya nak elak nangis tetapi akhirnya ternangis juga," ujar Thalita.

"Bukan dia yang nangis tetapi abang dia yang menangis tak henti-henti melihat ibu dia walaupun dia seorang yang jarang nangis. Minggu ni sangat istimewa buat kami. Kami telah lalui minggu dengan sangat baik dan nikmati minggu ini. Saya tiada benda untuk mengadu. Esok hari jadi sarah yang ke-41," jawab shuib

Menurut Shuib, sejak empat tahun lalu beliau tidak lagi menyambut hari lahirnya kerana peranan itu biasanya diambil oleh Allahyarhamah.

“Minggu ni susah bagi saya sebab saya dah empat tahun tak sambut hari jadi saya. Saya dah ingatkan anak-anak jangan sambut. Ini ketentuan Allah minggu empat ada tugasan duet dan kebetulan esok Hari jadi Sarah. Ini sebahagian dari perjalanan kami walaupun sedih. Sarah sentiasa ada dalam diri kami setiap masa.

"Sarah seorang yang periang, dia yang sambut hari jadi semua. Jadi bila dia tiada, saya tidak lagi rasa hari lahir saya istimewa sebab biasanya Sarah yang akan sekalikan hari jadi kami memandangkan tarikh kami dekat," kata shuib

Namun begitu, Shuib menegaskan beliau mahu mengangkat bakat Thalita sepenuhnya, tanpa terlalu bergantung pada kisah peribadinya.

“InsyaAllah pada masa hadapan saya akan elakkan untuk terlalu membawa cerita Sarah dalam nyanyian. Saya pun kena tengok apa yang artis saya selesa dan apa yang terbaik. Setakat ini, range dan pengalaman dia tak sampai setahun, tapi saya tahu kekuatan dia. Kita kena ingat dia baru berumur 12 tahun dan menyanyi tak sampai setahun. Jadi kita sama-sama perlu bantu, didik dia dan mana tahu dia boleh jadi penyanyi luar biasa suatu hari nanti,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Thalita dan Shuib diumumkan sebagai pemenang Gempak Most Valuable Manager.

Pasangan ini mendapat tiga pemilihan sama ada untuk 'mute mic' para juri, penambahan 10 peratus markah dan tukar kedudukan ranking.

Mereka sepakat memilih penambahan 10 peratus markah. 

Menerusi persembahan yang memukau bersama penyanyi, Hazama dengan lagu Terakhir Buat Teman nyanyian asal oleh arwah ibunya, Siti Sarah, Thalita berjaya menempatkan diri pada tangga kedua pada minggu ini dengan mencatat kutipan markah 83.00 peratus.

Terdahulu, pasangan anak beranak itu, Shuib dan Thalita telah mengungguli kedudukan tangga pertama pada minggu kedua dan ketiga Talk To My Manager sebelum dirampas semula oleh Amad pada minggu keempat.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement