Bintang Talk To My Manager (TTMM), Thalita mendedahkan lima perkara mengenai dirinya yang jarang diketahui umum.
Menurutnya, dia seorang yang berpewatakan kelakar apabila bersama orang yang selesa, namun boleh bertukar tegas jika adik-adiknya tidak mengikut arahan.
Advertisement
"Saya lawak dekat orang selesa, garang dengan adik bila dia tak buat seperti yang disuruh," katanya.
Selain itu, Thalita turut mengakui dirinya seorang yang berhati tisu dan mudah menangis, tidak gemar cuaca panas serta memiliki hati yang baik.
"Saya cengeng, tak suka panas dan saya baik hati," tambahnya.
Sekadar info, Thalita merupakan anak kedua daripada empat beradik hasil perkongsian hidup Shuib Sepahtu bersama arwah Siti Sarah. Dia membesar bersama abang sulungnya, Uwais Alqarni, diikuti Ariq Matin dan si bongsu, Ayash Affan.
Terdahulu, Thalita berjaya menempatkan diri di tangga kedua minggu keempat TTMM dengan kutipan markah sebanyak 83.00 peratus menerusi lagu Terakhir Buat Teman yang digandingkan bersama Hazama, nyanyian asal arwah ibunya.