Selepas menamatkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial Haroqs kini kembali menjalani rutin asalnya sebagai seorang pelajar.
Menerusi perkongsian di Threads, Haroqs atau nama sebenarnya Muhammad Hareez Adzramie memuat naik beberapa gambar di kawasan kampus termasuk di perpustakaan dan tempat makan.
Advertisement
“Hari ini satu kehidupan sebagai pelajar, suka dengan vibes ini," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar kehidupannya sebagai pelajar dipermudahkan dan Haroqs terus memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
“Selamat kembali ke sekolah, salurkan perjuanganmu anak muda.
“Belajar elok-elok, semoga semua impian tercapai.
“Semoga terus kuat dan diberkati dalam setiap langkah," komen netizen.
Menariknya, ada juga netizen yang sempat menegur kehadiran coklat dalam hantarannya yang sering menjadi perhatian ramai.
“Haroqs dan coklat memang tak boleh berpisah.
“Coklat tak tinggal ya, elok-elok nanti diabetes pula.
“Cair dah coklat tu Haroqs," tambah mereka.
Sekadar rekod, Haroqs merupakan salah seorang daripada 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bagi memecahkan sekatan rejim Israel terhadap Palestin.
Sebelum ini, dia turut meluahkan rasa kecewa apabila gagal membawa coklat untuk rakyat Gaza selepas bot yang dinaikinya dipintas tentera Israel.