Tampil Gaya Berjubah, Vokal Izam EYE Masih Hebat Seperti Zaman Muda
Elrafaei Sapi
29/10/2018 11:45 MYT
29/10/2018 11:45 MYT
Populariti lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihati dan Namamu Kini Jadi Sebutan antara kenangan peminat terhadap kumpulan EYE yang pernah menjadi band diminati ramai peminat pada zaman 90-an.
Bagaimanapun, vokalisnya iaitu Izam mengambil keputusan meninggalkan dunia seni pada penghujung era tersebut sehingga band ini hanya tinggal sejarah.
Mungkin tidak ramai peminat yang tahu, Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad masih aktif menyanyi sejak tahun 2014. Dia juga pernah menyertai program Gema Gegar Vaganza (GGV) pada tahun lalu.
Perkembangan terkini penyanyi popular itu turut dikongsi Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Datuk Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menerusi status di Facebooknya hari ini.
Menariknya, dalam satu video yang dimuat naik kelihatan Izam yang mengenakan jubah berwarna merah tua masih mempunyai kehebatan vokal sama seperti zaman mudanya ketika mendendangkan lagu Izinkan Selamanya Namamu Dihati.
Ujar Tuan Asmawi lagi, meskipun Izam kini lebih fokus pada bidang dakwah tetapi dia masih menerima jemputan persembahan pentas seperti acara makan malam, karnival dan ekspo.
"Walau pun secara rasminya meninggalkan dunia seni pada tahun 1999, namun oleh kerana darah seni begitu sebati dengan beliau, maka pada tahun 2014 mula menyanyi kembali kerana walau pun bergiat dalam dakwah, bidang nyayian juga salah satu wahana dalam menyampaikan mesej kepada khalayak," katanya.
Selain menyanyi, Izam juga terbabit bidang perniagaan produk minyak wangi jenama sendiri.
Teks oleh: Elrafaei Sapi