Seorang wanita tampil memohon maaf secara terbuka atas ketelanjurannya mendedahkan masalah rumah tangga dialami kepada orang ramai di media sosial.
Menerusi hantaran di akaun Instragram miliknya, wanita terbabit mengakui kesilapannya kerana berkongsi sesuatu yang sepatutnya menjadi urusan peribadi keluarga hingga menimbulkan sensasi di media sosial.
Advertisement
"Saya akui tindakan saya itu lebih dipengaruhi oleh emosi dan perasaan marah yang sukar saya kawal pada waktu tersebut.
"Saya juga mohon jasa baik semua yang telah menerima, menonton ataupun berkongsi semula video berkenaan supaya dapat menghentikan penyebaran," katanya pada Ahad.
Kes itu tular hingga mendapat perhatian meluas selepas beberapa rakaman dikongsi di media sosial termasuk dikaitkan dengan kejadian di sebuah klinik kesihatan.
Wanita itu membuat rayuan terbabit kerana ia bukan sahaja melibatkan aib dirinya serta pasangan, malah memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga besar.
"Saya kini sedang berusaha menyelesaikan perkara itu melalui saluran yang betul. Saya amat berharap agar orang ramai dapat menghormati ruang peribadi saya, memberi sokongan dan mendoakan agar urusan saya dipermudahkan," ujarnya.
Melalui semakan di TikTok miliknya, wanita terbabit didapati bagaimanapun telah memadamkan beberapa rakaman kejadian terbabit.
Sumber: Sinar Harian