Skip to main content

Filem

Tengok Trailer Pun Dah Sebak! Filem SAYANG-SAYANG Bikin Penonton Teruja - “Air Mata Dah Keluar…”

Tengok Trailer Pun Dah Sebak! Filem SAYANG-SAYANG Bikin Penonton Teruja - “Air Mata Dah Keluar…”

Sekilas

  • Trailer filem SAYANG SAYANG yang baru dilancarkan memaparkan kisah kekeluargaan dan kehidupan masyarakat berbilang kaum di Pantai Timur dengan elemen bahasa isyarat.
  • Filem ini mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu dari latar belakang berbeza yang mencari identiti dan impian mereka, dibintangi oleh pelakon dari pelbagai kaum.
  • SAYANG SAYANG akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan di Malaysia mulai 5 November, menerima sambutan positif dari penonton yang terharu dengan teaser dan poster filem ini.
Advertisement

Baru sahaja dilancarkan, trailer filem SAYANG SAYANG berjaya menarik perhatian penonton menerusi kisah kekeluargaan dan kehidupan masyarakat berbilang kaum yang dipaparkan.

Berlatarbelakangkan suasana tenang di Pantai Timur, filem ini mengetengahkan kepelbagaian budaya masyarakat Melayu, Cina dan India, selain menyelitkan penggunaan bahasa isyarat dalam penceritaannya.

Advertisement

Trailer itu turut memberikan gambaran tentang konflik kehidupan dan hubungan adik-beradik yang menyentuh emosi, sekali gus membuatkan penonton ingin mengetahui kisah penuh yang bakal dipaparkan.

Menariknya, gabungan barisan pelakon daripada latar belakang berbeza turut menjadi antara kekuatan filem ini dalam menghidupkan kisah yang dipaparkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penonton meluahkan rasa teruja melihat kisah yang menggabungkan pelbagai kaum. 

Advertisement

Malah, ada yang mengakui sudah sebak hanya dengan menonton teaser dan melihat poster filem berkenaan

“Wah, menariknya semua kaum ada.

“nampak abang adik, air mata dah keluar.

“‘Mu nak try juga’ dan ada bahasa isyarat juga. Terima kasih kerana mengetengahkan perkara ini.

“Tengok poster dan trailer pun dah nak nangis,”komen netizen.

SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza, Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, impian serta tempat mereka dalam kehidupan.

Filem tersebut turut menampilkan Lee Lee-Zen, Sasha Tang, Jo Kukathas, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Mhia Firdaus, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman, Mia Tan Shu Man, Jonathan Lee dan Tan Li Yang.

SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton Malaysia bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement