Skip to main content

Selebriti

Terasa Seperti Mimpi, Mhia Firdaus Tak Sangka Tercalon Di Anugerah Antarabangsa Golden Horse Ke-63 - “Saya Mahu Terus Mencabar Diri…”

Terasa Seperti Mimpi, Mhia Firdaus Tak Sangka Tercalon Di Anugerah Antarabangsa Golden Horse Ke-63 - “Saya Mahu Terus Mencabar Diri…”

Sekilas

  • Mhia Firdaus tidak menyangka tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Golden Horse ke-63 dan sangat menghargai pengiktirafan tersebut.
  • Beliau melihat pencalonan ini sebagai penghargaan atas usaha keras dan sokongan yang diterima sepanjang perjalanan seni, bukan ukuran utama kemampuan pelakon.
  • Filem SAYANG SAYANG yang menampilkan Mhia akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan di Malaysia mulai 5 November.
Advertisement

Aktres, Mhia Firdaus mengakui tidak menyangka apabila tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Golden Horse ke-63.

Menurut Mhia, dia amat menghargai pengiktirafan tersebut yang bukan sahaja bermakna buat dirinya, malah turut menjadi penghargaan kepada individu yang sentiasa memberikan sokongan dan peluang sepanjang perjalanan seninya.

Advertisement

“Sejujurnya, seluruh pengalaman ini masih terasa seperti mimpi yang sukar dipercayai. Saya tidak pernah membayangkan akan tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Golden Horse ke-63 dengan cara sebegini. 

“Saya sangat bersyukur atas pengiktirafan yang diberikan. Bagi saya, ia bukan sekadar tentang pencalonan itu sendiri, tetapi juga tentang individu yang mempercayai saya, memberi peluang dan yakin dengan kemampuan saya untuk membawakan watak ini.

“Pencalonan ini pastinya mendorong saya untuk memasang impian yang lebih besar dan terus mencabar diri menerusi watak-watak yang membawa saya keluar daripada zon selesa,”katanya.

Advertisement

Dalam masa sama, Mhia turut menegaskan bahawa pengiktirafan itu bukanlah satu-satunya ukuran untuk menilai kemampuan seseorang pelakon, sebaliknya hanyalah sebagai penghargaan atas usaha keras pelakon itu sendiri.

“Pada masa sama, saya tidak mahu mengukur nilai diri sebagai seorang pelakon hanya berdasarkan anugerah atau pencalonan yang diterima.

"Saya melihat pencalonan ini sebagai satu bonus dan penghargaan terhadap perjalanan yang telah dilalui. 

“Ia juga mengingatkan saya bahawa segala-galanya mungkin dicapai apabila kita sanggup berusaha dan memberikan sesuatu yang bermakna. Saya berharap dapat terus berkembang, meneroka pelbagai jenis watak dan membawakan kisah-kisah yang meninggalkan kesan kepada penonton,”ujarnya.

SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza, Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, impian serta tempat mereka dalam kehidupan.

Filem tersebut turut menampilkan Lee Lee-Zen, Sasha Tang, Jo Kukathas, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman, Mia Tan Shu Man, Jonathan Lee dan Tan Li Yang.

SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menemui penonton Malaysia bermula 5 November depan.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Emas Jaguar (3.86g)Gold Plated GJ Gold Plated Gelang Tangan Bangle Bracelet Bulan Sabit Adjustable (59601A)

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

SKINTIFIC Cover Perfect Pink Glow Cushion

SKINTIFIC Cover Perfect Pink Glow Cushion

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

[Ready stock]Seluar Kargo Slack six Poket/Unisex Tactical Pant 💥boleh pakai tali pengang size 28-40

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

Must Watch Video

Advertisement