Skip to main content

Selebriti

Terharu Sentiasa Terima Sokongan Peminat, Hun Haqeem Impi Luaskan Karier Dalam Industri Nyanyian - "Ia Ada Special..."

Hun Haqeem Luaskan Nyanyian

Pelakon, Hun Haqeem menzahirkan rasa syukur apabila sering menerima kata-kata positif dan doa daripada peminat yang menjadi kekuatan buatnya sepanjang bergelar anak seni.

“Taktau nak komen apa, terima kasih sebab kasi kata-kata yang baik. Sebab kata-kata tu doa. Saya hargai kata-kata dan doa-doa. Tanpa doa-doa diorang, ia amat susah untuk sampai ke tahap ini,” katanya ketika ditemui Gempak.

Advertisement

Bintang drama Kampung People itu turut bersyukur kerana laman sosialnya tidak pernah menerima gangguan yang tidak diingini dan dipenuhi mesej mesra daripada pengikut.

“Alhamdulillah, sosial media saya bersih dan orang yang datang kat DM I pun semua baik-baik dan cute. Takde yang macam gatal-gatal,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia mengakui mahu mengembangkan lagi minatnya dalam bidang muzik kerana baginya ia adalah cara lain untuk mengekspresikan diri selain lakonan.

“Yes, saya nak explore more kalau boleh. Sebab muzik tu ada special place in my heart. It’s another way of expression selain dari lakonan. InsyaAllah kalau Hun melangkah kaki ke arah itu harap segalanya dipermudahkan urusan,” jelasnya.

Anak kelahiran Sarawak itu juga cenderung ke arah genre slow rock dan muzik berentak rock.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement