Tersingkir di GV5, Safura Akan Terus Ikuti Kelas Vokal
Kamaruddin Razal
10/10/2018 21:30 MYT
10/10/2018 21:30 MYT
Penyanyi Safura Ya'cob bakal meneruskan latihan vokal bersama guru vokal berpengalaman, Siti Hajar.
Biarpun tersingkir di minggu kedua Gegar Vaganza 5 (GV5), Safura mahu menimba ilmu bagi memantapkan persembahan vokalnya.
"Saya reda menjadi peserta pertama disingkirkan dari GV5. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik untuk peminat di luar sana.
"Saya mempunyai perancangan untuk memberikan fokus terhadap kelas vokal. Saya akui, sebelum ini saya tidak ada pendidikan formal mengenai cara menyanyi dan sebagainya.
"Sebelum GV5 bermula, saya ada belajar vokal dengan Cikgu Siti Hajar. Selepas tersingkir, saya mahu teruskan lagi latihan dan menghadiri kelas vokal.
"Rezeki lain di luar kita sendiri pun tak tahu. Saya akui, GV5 menjadi platform besar untuk saya menyerlahkan bakat.
"Jadi, saya memberikan usaha sehabis baik untuk menonjolkan hasil kerja berkualiti untuk peminat," kata Safura.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.