Skip to main content
Advertisement

Selebriti

“Tetamu Istimewa Paling Senior Dalam Senarai Tetapi…” - Syed Saddiq Hantar Kad Jemputan Kahwin Kepada Tun Mahathir & Isteri

“Tetamu Istimewa Paling Senior Dalam Senarai Tetapi…” - Syed Saddiq Hantar Kad Jemputan Kahwin Kepada Tun Mahathir & Isteri

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi momen bertemu Tun Mahathir dan Tun Hasmah untuk menjemput mereka ke majlis perkahwinannya.
  • Syed Saddiq hadir untuk mendapatkan nasihat perkahwinan daripada pasangan yang dianggap paling berpengalaman di Malaysia.
  • Perkongsian tersebut mendapat pujian ramai atas sikap hormat Syed Saddiq dan doa agar pernikahannya bersama Bella Astillah dipermudahkan.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mencuri perhatian ramai selepas memuat naik momen bertemu dengan bekas Perdana Menteri Malaysia dan isterinya iaitu Tun Mahathir dan Tun Hasmah.

Menerusi perkongsian di Threads, Syed Saddiq yang memakai baju berwarna ungu sedang berbual bersama Tun Mahathir sambil ditemani Tun Hasmah di sisi.

Advertisement

Pertemuan tersebut diadakan kerana Syed Saddiq ingin menjemput kedua pasangan tersebut ke majlis perkahwinannya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah. Tetamu istimewa paling senior dalam senarai tetapi masih pasangan paling muda di hati,”tulisnya.

Dalam masa sama, tunang kepada pelakon, Bella Astillah itu berkata kehadirannya di situ adalah bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang alam perkahwinan daripada pasangan yang lebih berpengalaman.

Advertisement

“Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia,”ujarnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi yang rata-rata memuji sikap hormat Syed Saddiq terhadap Tun Mahathir, selain berdoa agar pernikahannya bersama Bella dipermudahkan.



 

Anda mungkin berminat dengan

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

LEFONSE.MY The Best Soft Tubular 100% Cotton T-Shirt RC01 Unisex 160gsm Round Neck Plain Tee Baju Kosong RC01 Group D

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

Women's Thread Elastic Zipper Hooded T-shirt New Solid Irregular Slim Fit Long Sleeve Underlay Fashion Casual Top

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

💖Zsndp💖[Ready Stock In Malaysia]Korean style women ladies loose chiffon ruffle irregular lace-up long sleeve shirt blouse shirt women shirt

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Must Watch Video

Advertisement