,
berita

Tiada Duit Nak Bayar Bil, Fattah & Alvin Dikerah Jadi Pelayan Restoran

Kamaruddin Razal
04/10/2017
07:04 MYT
Dek kerana tidak mempunyai wang untuk membayar bil penginapan, aktor Fattah Amin dan Alvin Chong dikerahkan untuk bekerja sebagai pelayan restoran.
Jangan salah sangka kerana 'kerahan' itu hanyalah sebahagian tugas yang harus mereka lakukan bersempena episod terbaru The House musim keempat.
Selain menjadi pelayan di restoran, Fattah dan Alvin juga ditugaskan untuk menjadi pekerja di bahagian housekeeping, membersihkan kolam dan membersihkan kawasan sekitar.
Ada peminat yang nyata terkejut melihat Fattah dan Alvin mengambil pesanan mereka dan membawa makanan.
Saksikan gelagat lucu dan mencuit hati mereka dalam musim terbaru The House!
Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.
Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!
Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Fattah Amin Bukan Saja Selebriti Dihormati Tapi Bersemangat Beri Inspirasi Generasi Muda" - Cikgu Fana PTTI

gempak
22/10/2024
13:50 MYT
Pelakon terkenal Fattah Amin melangkah ke arena pendidikan dengan kolaborasi terbaharunya bersama pusat tuisyen terkemuka, PTTI dalam usaha untuk memberikan sokongan kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Viral

Netizen Kagum Tengok Penkek Wajah Fattah Amin - "Ni Kalau Dah Makan Tak Sampai Hati Nak ..."

gempak
22/10/2024
12:30 MYT
Seorang usahawan penkek mencuri perhatian warganet menerusi bakat terpendamnya menghasilkan sebiji penkek berwajah pelakon kacak Fattah Amin.
Hiburan

“Saya Ada Jumpa Dengan Fatima Cuma Keadaan Dia Tak Sama” - Fattah Amin

gempak
22/10/2024
03:20 MYT
Aktor Fattah Amin memaklumkan dia ada berjumpa dengan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Hiburan

Individu ‘Bitter’ Fattah Amin Dapat ‘Job Lebat’ Lepas Cerai, Anggap ‘Beauty Privilege’ Itu Wujud – “Padahal Ramai Lagi Duda Lain Yang Tak Ada Job”

gempak
19/10/2024
08:20 MYT
Seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap aktor Fattah Amin gara-gara populariti yang diraih selepas bergelar duda.
Hiburan

Isu Perpisahan Dalam Kalangan Artis, Ini Pendapat Erra Fazira - “Jangan Sampai Mengaibkan Orang Lain”

gempak
16/10/2024
06:55 MYT
Dipuji kerana tidak pernah mendedahkan masalah rumah tangga kepada umum, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira enggan kisahnya itu dibandingkan dengan orang lain.
BorakSeeni