Skip to main content

Berita

“Tiada Siapa Datang..." - Graduan Undang Sebak, Ibu Bapa Tidak Dapat Hadir Majlis Konvokesyen

graduan

Sekilas

  • Nani, seorang graduan jurusan Sumber Kemanusiaan, berkongsi video sedih ketika ditemu bual di majlis konvokesyen kerana ibu bapanya tidak hadir.
  • Dia menjelaskan ibu bapanya masih hidup tetapi tidak dapat hadir kerana kekangan kewangan dan masa.
  • Netizen memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Nani di ruangan komen TikTok.

Seorang graduan yang dikenali sebagai Nani mencuri perhatian ramai selepas memuat naik video dirinya ketika ditemu bual dalam sebuah majlis konvokesyen.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nani yang merupakan seorang pelajar jurusan Sumber Kemanusiaan tidak dapat menahan air mata apabila ditanya mengenai kehadiran ibu bapanya ke majlis berkenaan.

Lebih memilukan apabila Nani berkongsi bahawa ibu bapanya tidak menghadiri ke majlis tersebut dan hanya ditemani dengan rakan-rakannya.

"Tiada siapa yang datang. Saya hadir dengan rakan-rakan saya," katanya.

Nani bagaimanapun menjelaskan bahawa ibu bapanya masih hidup namun tidak dapat hadir atas faktor kewangan dan masa.

"Mak ayah saya ada lagi cuma ada kekangan dari segi kewangan dan masa. Maaf jika cara saya jawab seperti mereka sudah tiada," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih melihat perkongsian Nani sambal menitipkan kata-kata semangat buatnya.

"Siapa sahaja tidak sedih kalau ibu bapa tidak hadir ke majlis konvokesyen. Semoga adik Berjaya ubah nasib keluarga.

"Awak buat kami sedih juga.

"Kalau saya jadi awak pun saya akan sedih. Tahniah si cantik.

"Saya yakin ibu bapa awak akan bangga. Tahniah dah tamat belajar," komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement