Skip to main content

Selebriti

"Tidak Mengapa Jika Ada Yang Menganggap Saya Demand..." - Alicia Amin

WhatsApp Image 2026 04 09 at 2.57.39 PM

Sekilas

  • Alicia Amin tidak kisah dilabel 'demand' kerana sudah lama bekerja dalam industri modelling sejak usia 15 tahun sebelum berlakon.
  • Usia 31 tahun membuatkan Alicia lebih berhati-hati dan mengambil kira komitmen serta tanggungjawab dalam memilih projek lakonan.
  • Dia sangat menitikberatkan soal pakaian di set penggambaran dan pernah terpaksa guna wardrobe sendiri apabila janji penyediaan busana tidak dipenuhi.

Pelakon, Alicia Amin akui tidak hairan jika dilabel 'demand' ketika terlibat dalam sesebuah naskhah.

Menurut Alicia, meskipun dia bukanlah pelakon senior, namun dia telah lama bekerja dan mempunyai komitmen tersendiri.

"Walaupun dalam dunia lakonan saya tidaklah terlalu lama, tetapi saya sebenarnya sudah lama bekerja. Saya mula bekerja sejak usia 15 tahun dalam industri modelling. 

"Mungkin kerana latar belakang itu, tidak mengapa jika ada yang menganggap saya ‘demand’," katanya kepada Gempak.

Aktres filem Mikael: Pemburu Dua Alam itu turut menjelaskan bahawa usianya yang kini mencecah 30-an membuatkan dia lebih berhati-hati dalam setiap keputusan.

Dia turut  menyedari bahawa banyak perkara perlu dipertimbangkan dan tidak lagi boleh disamakan dengan mereka yang masih baru  dalam industri seni.

"Bagi saya, walaupun saya masih baru dalam industri lakonan, komitmen saya bukan seperti orang yang benar-benar baru bermula. 

"Saya sudah berusia 31 tahun dan mempunyai banyak tanggungjawab seperti rumah dan lain-lain. Jadi perkara-perkara ini memang perlu diambil kira," ujarnya.

Dalam pada itu, Alicia turut berkongsi bahawa dia sangat menitikberatkan soal pemilihan pakaian ketika berada di set penggambaran.

Ujarnya, dia pernah menerima janji manis berkaitan penyediaan busana, namun keadaan tidak seperti yang diharapkan apabila dia akhirnya perlu menggunakan pakaian sendiri.

“Saya memang sangat mementingkan soal pakaian. Ada sahaja yang berjanji soal wardrobe akan okay, tetapi akhirnya tidak seperti yang dijanjikan. Pernah juga saya terpaksa menggunakan wardrobe sendiri. 

"Kalau mereka beri harga, tetapi saya ‘bergaduh’, harga itu akhirnya tetap tidak akan naik," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement