Sekilas
- Dynas Mokhtar mengalami insiden di hotel Bangkok apabila bellboy terlupa meletakkan begnya dalam kereta ketika dia hendak ke lapangan terbang.
- Pihak hotel bertanggungjawab dan menghantar beg tersebut kepadanya, manakala Dynas menjelaskan bellboy berkeras mahu membantu walaupun dia mahu uruskan sendiri.
- Dynas memberi respon kepada netizen yang menasihatinya supaya tidak menyalahkan bellboy dan menegaskan agar tidak ada sikap negatif di ruangan media sosialnya.
Pelakon, Dynas Mokhtar berkongsi pengalaman penuh drama apabila ‘bellboy’ atau pembawa beg di sebuah hotel Bangkok dipercayai terlupa meletakkan beg pakaian miliknya di dalam kereta ketika ingin berangkat ke lapangan terbang.
Menerusi perkongsian sebuah video di Instagram, Dynas kemudian menarik nafas lega apabila pihak hotel itu sendiri ingin bertanggungjawab sepenuhnya dengan menghantar beg berkenaan pada dirinya.
“Dah masuk dalam grab, bellboy hotel lupa letak bagasi saya dalam kereta. Mereka punya ada tetapi saya tiada. Sekarang saya kena tunggu.
“Nasib baik duduk hotel elok, mereka yang hantar sendiri ke lapangan terbang untuk bantu saya. Bellboy dia boleh lupa,”ujarnya.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, ada seorang netizen yang meminta agar Dynas tidak menyalahkan pekerja ‘bellboy’ itu, selain berpesan agar dia menguruskannya sendiri.
Tidak berdiam diri, Dynas atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar ,43 tampil memberikan respons dan menjelaskan perkara sebenar kepada individu tersebut.
Menurutnya, dia mahu menguruskan beg tersebut, namun pekerja itu tetap berkeras untuk membantunya.
“Saya sudah mahu ambil beg saya dengan lebih awal namun disebabkan hotel itu adalah hotel 5 bintang, bellboy (pembawa beg) itu bertegas mahu uruskan beg saya. Dia berkeras.
“Jadi, saya pun dah reda. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya,”tulisnya.
Dalam masa sama, pelakon drama Gerak Khas itu turut memohon agar individu berkenaan tidak terlalu ‘bitter’ dengan perkongsiannya, sambil menegaskan kehadirannya di media sosialnya itu tidak disambut baik.
“Untuk awak, tidak perlu jadi bitter mengenai perkara ini terutama di ruangan media sosial saya. Awak tidak dialu-alukan di sini,”kongsinya.