Skip to main content

Berita

Tiktokers Go Travel Inisiatif Anak Muda Angkat Potensi Pelancongan Sungai Petani

Astrogempak TIKTOKERS

Sekilas

  • Program TikTokers Go Travel: Menjelajah Sungai Petani 2026 mengumpulkan influencer untuk meneroka dan mempromosikan destinasi pelancongan menarik di Sungai Petani, Merbok dan Gunung Jerai.
  • Peserta melawat lokasi seperti Hutan Paya Bakau Merbok, Permaipura Golf & Country Club, Gunung Jerai, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan DSC Karting Circuit sambil menghasilkan kandungan digital kreatif.
  • Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelancongan tempatan dan merancakkan ekonomi setempat melalui platform digital dengan sokongan pelbagai rakan kerjasama.

Program TikTokers Go Travel: Menjelajah Sungai Petani 2026 menjadi satu inisiatif anak muda dalam memperkenalkan potensi pelancongan di sekitar Sungai Petani, Merbok dan Gunung Jerai menerusi penghasilan kandungan digital oleh penggiat media sosial.

Program selama dua hari itu menghimpunkan influencer dan pencipta kandungan bagi meneroka pelbagai destinasi menarik yang masih kurang dikenali ramai walaupun mempunyai nilai pelancongan yang tinggi.

Antara lokasi yang dikunjungi ialah Bakau Hijau, Merbok, di mana para peserta menyertai aktiviti berkayak sambil menikmati keindahan hutan paya bakau yang menjadi antara khazanah alam semula jadi di daerah ini. Ramai tidak mengetahui bahawa Hutan Paya Bakau Sungai Merbok diiktiraf sebagai antara kawasan yang mempunyai kepelbagaian spesies bakau tertinggi di dunia dan kawasan ini turut menjadi habitat kepada beberapa spesies bakau yang sangat jarang ditemui dan terancam di dunia, sekali gus menjadikannya lokasi penting dari sudut pemuliharaan biodiversiti.

Peserta turut berkunjung ke Permaipura Golf & Country Club, Sungai Petani yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk bermain golf, melawat mini zoo, mencuba Paintball Target Shoot, Agro Farm, menikmati keunikan The AAM Glass House yang merupakan rumah kaca pertama seumpamanya di Malaysia, selain merasai pengalaman menunggang ATV.

Program diteruskan dengan lawatan ke Gunung Jerai bagi menikmati panorama alam semula jadi yang menjadi antara ikon pelancongan Kedah, sebelum peserta mengunjungi Muzium Arkeologi Lembah Bujang untuk mendalami sejarah tamadun awal di negara ini.

Bagi pencinta sukan permotoran, peserta turut berpeluang menguji kemahiran pemanduan di DSC Karting Circuit melalui aktiviti go-kart yang memberikan pengalaman penuh adrenalin di litar bertaraf profesional.

Bagi memperkenalkan sisi kreatif bandar Sungai Petani, rombongan turut singgah di Lorong Siar Seni Sungai Petani, yang semakin dikenali sebagai lokasi fotografi dan penghasilan kandungan media sosial.

Menurut Pengarah Program Tiktokers Go travel, Azril Baharudin, idea penganjuran program tersebut tercetus selepas melihat Sungai Petani memiliki begitu banyak produk pelancongan yang menarik, namun masih kurang diketengahkan kepada masyarakat.

"Ramai mengenali Sungai Petani sebagai destinasi makanan, tetapi tidak ramai mengetahui kawasan ini sebenarnya mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang unik seperti ekopelancongan, sejarah, rekreasi dan alam semula jadi. Malah, ada juga dalam kalangan penduduk tempatan sendiri yang tidak mengetahui kewujudan beberapa lokasi menarik ini.

"Atas sebab itu, kami mengambil inisiatif menganjurkan TikTokers Go Travel bagi memperkenalkan semula destinasi-destinasi ini kepada masyarakat melalui platform digital. Kami berharap lebih ramai pelancong akan datang ke Sungai Petani, sekali gus membantu merancakkan ekonomi penduduk setempat, khususnya pengusaha pelancongan, peniaga kecil, pengusaha homestay dan komuniti setempat," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Program, Hairul Azwan Zakaria, berpandangan bahawa program berkenaan bukan sekadar mempromosikan pelancongan, malah membuka ruang kepada para influencer menghasilkan kandungan berkualiti tanpa perlu memikirkan aspek logistik dan perancangan.

"Kami menyediakan satu platform yang membolehkan para influencer memberi tumpuan sepenuhnya kepada penghasilan kandungan. Semua lokasi telah disusun, aktiviti dirancang dan akses disediakan supaya mereka dapat menghasilkan content yang lebih kreatif, berkualiti dan memberi impak kepada penonton.

Kejayaan program ini turut disokong oleh rakan kerjasama iaitu Permaipura Golf & Country Club, TKFGR, Geliga Printing dan Revolt Printing, yang bersama-sama membantu menjayakan usaha mempromosikan industri pelancongan Sungai Petani.

Penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan penyertaan lebih ramai rakan strategik, agensi pelancongan dan pencipta kandungan bagi memperkukuhkan lagi kedudukan Sungai Petani sebagai antara destinasi pelancongan utama di utara Semenanjung Malaysia.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement