Sekilas
- Pinn Yang mengumumkan isterinya, Rui Mei, selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
- Berita gembira itu dikongsi melalui akaun Threads miliknya dengan ucapan selamat datang kepada bayi perempuan mereka.
- Pinn Yang dan Rui Mei berkahwin pada 7 Oktober 2024 dan menerima ucapan tahniah daripada netizen.
Personaliti media sosial, Pinn Yang memaklumkan isterinya, Rui Mei selamat menimang cahya mata pertama mereka.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Pinn Yang menerusi hantaran di akaun Threads miliknya.
“Saya secara rasmi seorang ayah! Selamat datang ke dunia ini, baby girl. Papa dan mama saya awak,”tulisnya.
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan itu sambil memuji kecomelan bayi mereka.
Sekadar info, Pinn Yang telah mendirikan rumah tangga bersama Rui Mei pada 7 Oktober 2024.