Seorang lelaki tergamak menipu pembeli dengan menjual daging kucing yang didakwa sebagai daging kambing muda.
Perbuatan pelaku dikenali sebagai SJ, 55, akhirnya terbongkar setelah beroperasi selama empat bulan di sekitar Kota Pagar Alam, Kecamatan Pagaralam Utara, Sumatera Selatan di Indonesia dan diberkas di sebuah hotel pada Rabu.
Siasatan awal mendapati lebih 100 ekor kucing disembelih dan dagingnya dijual kepada orang ramai.
"Bagi mengelakkan bau hamis, pelaku menambahkan daun jeruk ke dalam bungkusan daging kucing tersebut," kata jurucakap polis, Iptu Irawan Adi Candra.
Menurutnya, sebungkus daging kucing itu dijual dengan harga 100,000 rupiah (RM25) hingga 120,000 rupiah (RM30).
"Ada juga pembeli yang tawar-menawar harga," ujar SJ.
Ketika serbuan dibuat, polis turut menemui sejumlah barang bukti termasuk kucing spesies Anggora dan dua bilah pisau.
Haiwan tersebut diperoleh dengan mencuri dan menangkap yang berkeliaran di sekitar kawasan penempatan penduduk.
SJ juga menjelaskan hasil jualannya tidak pernah dijual kepada pedagang daging kerana mereka berasa curiga dengan sumbernya.
Sumber : Sinar Harian
Berita
Tipu Jual Daging Kambing Rupa-Rupanya Daging Kucing
